Golongan Menggunakaan al-Quran dan Sunnah.Siapa?

Terdapat golongan yang mengaku bahawa mereka saja yang menggunakan Quran Sunnah.Sebenarnya apabila kita kaji semua mazhab atau firqah dalam Islam hampir2 tidak ada sesuatu mazhab pun yang tidak menggunakan Quran Hadis.Terjadinya pertikaian pendapat dan perbalahan pelbagai mazhab bukan kerana tidak berpegang kepada Quran Sunnah tetapi letak pertikaian dan perbalahan adalah pada pentafsiran ayat Quran,pentafsiran hadis,penilaian hadis dll hingga sampai kepada kemuncak beranggapan bahawa golongan lain adalah salah.Golongan dia saja yang benar.

Pertikaian pendapat antara suatu mazhab fiqh dengan mazhab fiqh yang lain,suatu mazhab aqidah dengan mazhab aqidah yang lain,antara tasawuf dengan suatu mazhab fiqh dll telah berlaku. Kesimpulannya tidak ada kecualinya termasuk pertikaian antara fiqh,aqidah dan tasawuf dengan ahli hadis.Bahkan lebih dahsyat lagi pertikaian pendapat sesame ahli2 hadis.Banyak hadis yang mereka bahas-memang benar ada yang disepakati-tetapi sekian banyak pula hadis yang tidak dapat disepakat pada penilaian mereka.Seorang tokoh hadis berkata begitu,yang lain berkata begini.Ada tokoh hadis menolak sesuatu hadis tetapi ada pula yang tidak menolaknya.

Ilmu2 hadis adalah merupakan teori ciptaan manusia tidak ubahnya dengan disiplin ilmu2 yang lain yang terdapat dalam agama Islam.Banyak tempat ahli hadis menuduh sesuatu istilah dalam ilmu yang lain terutama tasawuf hanyalah direka-reka.Tidak terdapat dalam Quran Hadis.Terlalu murah ahli hadis masa kini menuduh orang lain sebagai “inkar sunnah”.Atau tuduhan lain bahawa Asya’irah menggunakan akal semata-mata.Tetapi dengan tidak disedari dalam kalangan mereka sendiri juga sama iaitu terdapat “pengingkar terhadap sunnah” dan menggunakan akal semata-mata.Sebagai bukti sesuatu hadis dapat diterima oleh seorang ulama dalam kitab2 turas terkenal tetapi ditolak oleh sekelompok kecil di antara mereka.Padahal penolakan itu hanyalah berdasarkan teori semata-mata.Yang demikian itu adalah “inkar sunnah” namanya.

Saya sebutkan demikian bukan bererti saya menyetujui kepada orang2 yang tidak berpegang dengan hadis.Tetapi pendirian saya jelas bahawa menggunakan hadis2 yang terdapat dalam fiqh mazhab Syafii menurut penilaian dan penafsiran para ulamanya.Juga berpegang dengan hadis2 yang terdapat dalam aqidah Asya’irah(ASWJ) yang dibahas oleh para ulamanya.Demikian halnya dalam pegangan tasawuf.

Rasanya perlu dikenalpasti di mana letak ittifaq dan di mana terjadi khgilafiah pada penilaian dan pentafsiran.Betapa kita terlalu berani menyalahkan ulama2 walau dari golongan disiplin ilmu yang mana sekalipun dalam Islam sedangkan kita sama2 tidak pernah berjumpa dengan Rasulullah SAW.Saya sebutkan perkara di atas bukan memperkecilkan ahli hadis tetapi demi pembelaan terhadap ulama2 golongan yang lain yang sering menjadi sasaran kecaman fitnah orang2 yang tidak bertanggungjawab. Sekali lagi saya tegaskan bahawa yang dipertahankan “hanyalah berdasarkan teori ciptaan manusia semata-mata”,bukannya berdasarkan hujah dari al-Quran ataupun hadis.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Penjelasan tentang Asya'irah