Niat Menuntut Ilmu

Ketahuilah wahai saudarakaku yang sangat berminat,bersungguh2 dan mempunyai perhatian dalam mencari ilmu.Yang telah menunjukkan cita2 yang tinggi dan sangat dahaga terhadap ilmu pengetahuan. Seandainya engkau berniat dengan mencari ilmu ini untuk berlumba2 dan mendapatkan kemegahan dan terkemuka di kalangan kawan2 dan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap dirimu dan menghimpunkan akan kekayaan duni yang fana’,maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri dengan menempah kemurkaan Allah. Engkau menjual akhiratmu untuk mendapatkan harta dunia.Maka penjualanmu adalah rugi kerana dunia tiada apa2 berbanding pahala akhirat.Perniagaanmu porak peranda kerana tiada manfaat ilmumu. Dan guru yang mengajarmu adalah dikira menolongmu dalam membuat maksiat dan ia juga akan merasakan kerugian.Ketika ini guru yang mengajarmu itu laksana seorang yang menjual pedang kepada perompak seperti sabda Rasulullah SAW: “Siapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun hanya dengan setengah kalimat(seperti bu daripada bunuh) maka orang itudikira berkongsi di dalam melakukan maksiat tersebut”.

Dan jikalau niat dan tujuanmu di dalam mencari ilmu itu untuk mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah seperti engkau berniat untuk menghilangkan kejahilan dirimu dan orang lain serta menghidupkan agama dan meneguhkan Islam dengan ilmu tersebut.Yakni kamu mengharapkan hari akhirat dan ridha Allah dan kamu berniat untuk mensyukuri nikmat akal dan kesihatan badan..Bukan semata-mata untuk pandai bercakap serta mengkritik ulamak.Maka hendaklah engkau bergembira kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya redha dengan perbuatanmu apabila engkau berjalan.Dan ikanyang ada di dalam laut semuanya meminta ampun bagimu apabila engkau berjalan untuk menuntut ilmu

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Penjelasan tentang Asya'irah