Khilaf Fiqh

Usul ke-8 Imam Hassan al-Banna(IHB): “Khilaf fiqh dalam perkara furu’ tidak sepatutnya menjadi sebab kepada perpecahan dalam agama dan tidak sepatutnya membawa kepada permusuhan dan kebecian sesame Islam.Bagi setiap mujtahid pahala di sisi Allah.Namun demikian, tidak ada halangan untuk melakukan tahqiq ilmiah pada masalah khilaf dalam suasana kasih sayang kerana Allah dan bekerjasama untuk sampai kepada hakikat tanpa membawa kepada pertengkaran dan taksub yang dicela”.

Kebanyakan manusia tersilap dalam pendiriannya apabila berhadapan dengan khilaf fiqh sehingga membawa kepada perpecahan, perkelahian dan dendam serta taksub dan pertengkaran.Dengan demikian umat Islam menjadi semakin lemah.Maka dating IHB dengan membawa pendirian yang betul dengan menjaga kesatuan hati dan kemurnian jiwa kaum muslimin.

Khilaf fiqh adalah suatu perkara yang dharurah dalam Islam.Setiap orang yang mengambil pendapat Imam mazhab bermaksud untuk mentaati Allah dan mengikuti Rasulullah SAW.Dalam masa yang sama, kesatuan hati umat lebih penting daripada berselisih dalam masalah khilaf.

Kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiah: “Adapu ikhtilaf dalam perkara hukum2 amat banyak hingga tidak mampu untuk dihalang.Kalaulah setiap kali 2 orang Islam khilaf dalam suatu masalah bermusuhan maka tidak akan berlaku di kalangan muslimin pemeliharaan daripada Allah dan ukhuwah Islamiah”.

Perlu diingatkan setiap mujtahid yang berusaha bersungguh2 untuk mengetahui hokum Allah dia diberi pahala sama ada salah atau benar.Jadi kenapa perlu bertengkar dan berbalah dalam masalah ini?

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila seorang hakim berhukum dan berijtihad lalu betul ijtihadnya maka baginya 2 pahala.Manakala apabila seorang hakim berhukum dan berijtihad kemudian tersalah maka baginya satu pahala”.(riwayat Muslim)

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Penjelasan tentang Asya'irah