Siapakah Ahlus Sunnah wal Jamaah?

Istilah ini menurut para ulama tradisional Islam termasuk di alam Melayu sejak lama hingga kini bahawa yang dimaksudkan ialah fahaman aqidah Imam Abu Hasan al-Asy’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi adalah sebagai imam mazhab aqidah tersebut.

Adalah suatu pendapat yang ekstrim apabila memisahkan antara 2 perkataan iaitu ASWJ dengan al-Asya’irah.Sedangkan umum diketahui sejak munculnya karya2 Syekh al-Asy’ari bahawa ASWJ adalah Asya’irah .

Perlu diingat ketika kemunculan Syekh Muhd Abd Wahhab hingga naik hingga Ibnu Qaiyim al-Jauziah dan gurunya Ibnu Taimiah ramai ulama yang tidak sependapat dengan mereka melemparkan tuduhan bahawa nama yang saya sebutkan itu bukan dari ASWJ.Untuk peribadi saya tiadalah beranggapan begitu kerana saya cukup kerdil menilai ulama2 itu.Tetapi yang menyebut demikian adalah ulama2 yang setaraf dengan mereka.

Bagi yang menolak Asya’irah bererti mereka bukan mazhab ASWJ yang diterimapakai oleh sekian ramai umat Islam termasuk dunia Melayu.Jadi mereka berada dalam mazhab ASWJ yang mana?Tentunya mereka berasa kurang senang jika orang menilai mereka adalah Wahabi.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Penjelasan tentang Asya'irah