Thursday, December 24, 2009

Taklifan suatu yang tak Mampu

Mengikut ASWJ, harus bagi Allah dari segi akal untuk membebani hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu mereka lakukan.Dalilnya makhluk adalah makhlukNya.Kerajaan keseluruhan milikNya.Selaku Raja Yang Maha Agung Dia berhak untuk memerintah apa saja.

Kalaulah perkara ini tidak harus mustahillah para hamba meminta untuk tidak diberatkan ke atas mereka.Baca surah al-Baqarah ayat 286: “Wahai Tuhan kami janganlah Kau bebani kami sesuatu yang tidak mampu kami melakukannya”.Satu lagi dalil ialah Allah telah mengkhabarkan kepada Nabi SAW bahawasanya Abu Jahal tidak akan beriman kepadanya.Kemudian Allah menyuruh Baginda berdakwah supaya Abu Jahal beriman.Dalilnya lagi Allah telah mentaklifkan Abu Lahab supaya beriman dengan al-Quran sedangkan di dalam al-Quran telah diterangkan Abu Lahab tidak beriman.Baca surah al-Masad :3 “Abu Lahab akan memasuki api neraka yang menjulang2 apiny

No comments: