Rehlah Ibn Battutah


Meninggalkan Tanjah

Kata Syeikh Abu Abdullah: “Aku keluar meninggalkan Tanjah, jana-bijanaku pada hari Khamis yang kedua dalam bulan Rejab yang unggul, bulan Allah, tahun 725H dengan niat untuk menunaikan haji di Baitullah al-Haram dan menziarahi makam Rasulullah SAW.Aku keluar bersendirian tanpa teman untuk berhibur dan tanpa menyertai rombongan kafilah.Aku pergi kerana desakan jiwaku dan juga kerana rindu akan tempat2 suci.Kerinduan ini telah sekian lama terpendam dalam dadaku.Oleh itu, aku membulatkan tekadku untuk meninggalkan semua yang kukasihi, wanita dan lelaki lalu berpisahlah aku dengan kampong halamanku, persis burung meninggalkan sarangnya.Ketika itu, ibu bapaku masih lagi hidup dan aku terasa berat untuk berjauhan dari mereka.Sebagaimana ibu bapaku, aku juga terpaksa menghadapi keperitan perpisahan tersebut.Pada waktu itu, aku berusia 22 tahun.”

Pengembaraanku bermula pada zaman pemerintan Amirul Mukminin, Abu Said b Maulana Amirul Mukminin dan “Nasiruddin”(tonggak agama) iaitu Abu Yusuf b Abd Haq.Abu Said ialah seorang mujahid dan telah diceritakan tanpa putus2 tentang kisah kedermawanannya.Begitu juga kemuliaannya yang tidak dapat dipertikaikan lagi dan kelebihannya yang menjadi perhiasan zaman.Rakyat jelata bergembira dengan naungan kasih dan keadilannya.Abu Yusuf pula berjuang dengan penuh keikhlasan dan ketulusan hatinya untuk menghapuskan kesyirikan dan kekufuran.Tenteranya berjuang menghapuskan penyembah salib.Aku juga telah menceritakan keikhlasan perjuangan mazhab Abu Yusuf ini.Nudah2an Allah melipatgandakan keredaanNya ke atas mereka dan menyirami pusara mereka yang suci itu dengan gerimis serta hujan lebat.

Semoga Allah juga mengurniakan sebaik2 pembalasan kepada mereka demi agama dan umat Islam serta mengekalkan kerajaan pemerintahan mereka sebagai milik keturunan mereka hingga hari kiamat.

Aku tiba di kota Tilimsan yang pada waktu itu diperintah oleh Sultan Abu Tasyafin Abd Rahman b Musa b Uthman b Yaghmurasan b Zayyan.Ketibaanku serentak dengan ketibaan 2 orang utusan raja Afrika, Sultan Abu Yahya ke kota itu.Semoga Allah merahmati baginda.Mereka berdua ialah pertama, kadi bagi urusan akad nikah di kota Tunis, Abu Abdullah Muhammad b Abu Bakr b Ali b Ibrahim al-Nafzawi dan kedua, syeikh yang salih Abu Abdullah Muhammad b al-Husain b Abdullah al-Qurasyi al-Zubaidi-dinisbahkan pada Kampung Zubaid yang terletak di persisiran pantai iaitu berhampiran dengan kota Mahdiyyah.Beliau merupakan salah seorang ulama yang terkemuka pada zamannya dan meninggal dunia pada tahun 740H(1339-40M).

2 orang utusan tersebut meninggalkan kota Tilimsan pada hari aku tiba di kota itu lalu beberapa orang sahabatku mengesyorkan supaya aku menyertai mereka dalam perjalanan.Aku pun melakukan istikharah kepada Allah berhubung dengan perkara tersebut.Aku seterusnya tinggal di Tilimsan selama 3 hari untuk memperoleh keperluanku.

Kemudian aku pun keluar berjalan sepantas2nya untuk mendapatkan mereka berdua lalu aku tiba di kota Milyanah dan menemui mereka berdua di sana.Cuaca ketika itu terlalu panas dan terik kerana ia merupakan pertengahan musim panas.Cuaca panas berada di kemuncaknya hingga menyebabkan 2 orang utusan tersebut jatuh sakit.Oleh yang demikian, kami terpaksa berhenti selama 10 hari sebelum meneruskan perjalanan.Penyakit salah seorang daripada mereka berdua iaitu kadi, bertambah teruk, maka kami pun terpaksa berhenti selama 3 hari di tepi sebuah mata air yang terletak lebih kurang 4 batu dari kota Milyanah.Pada pagi hari yang keempat, kadi itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.Anak kadi tersebut yang bernama Abu al-Tayyib serta sahabatb kadi itu iaitu Abu Abdullah al-Zubaidi, kembali ke Milyanah dan mengebumikan jenazahnya di sana.Aku berpisah dengan mereka di Milyanah dan meneruskan perjalananku dengan sekumpulan pedagang dari kota Tunis.Anta pedagang tersebut termasuklah al-Hajj Mas’ud b al-Muntasir, al-Hajj al-‘Adulli dan Muhammad b al-Hajar.

Kami tiba di kota Jazair dn berkhemah di luarnya selama beberapa hari hingga Syeikh Abu Abdullah serta anak kadi itu tiba.Kemudian kami bersama2 menaiki manbajah(sejenis alat pengangkutan) dan menuju ke pergunungan Zan lalu sampai di kota Bijayah.Di situ, Syeikh Abu Abdullah menumpang di rumah kadi kota tersebut yang bernama Abu Abdullah al-Zawawi.Abu al-Tayyib, anak kadi yang meninggal dunia itu menumpang di rumah seorang faqih bernama Abu Abdullah, seorang ahli tafsir.

Amir kota Bijayah ketika itu ialah Abu Abdullah Muhammad b Sayyid al-Nas al-Hajib.Sementara itu, salah seorang daripada kumpulan pedagang dari kota Tunis yang sama2 mengembara denganku dari kota Milyanah, bernama Muhammad ibn al-Hajar yang disebut sebelum ini, meninggal dunia.Beliau meninggalkan harta sebanyak 3000 dinar emas dan telah mewasiatkannya kepada seorang lelaki dari Jazair bernama Ibn Hadidah supaya disampaikan kepada waris2nya di Tunis.Berita ini sampai ke pengetahuan Ibn Sayyid al-Nas lalu dia merampas harta tersebut daripada Ibn Hadidah.Inilah perbuatan zalim yang pertama kali kusaksikan dilakukan oleh pegawai2 dan gabenor2 Kerajaan Muwahhid.”

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat