Beradab Dengan Ahlul Bait Rasulullah SAW


Sayyidina Umar ra mahu memasukkan sebuah tapak yang dimiliki oleh Sayyidina Abbas, ayahanda saudara Nabi ke dalam kawasan Masjid Nabawi.Akan tetapi, Sayyidina Abbas menentang kehendaknya itu.Di tapak tersebut, terdapat pancuran yang mengalirkan air ke dalam kawasan masjid, lalu Umar ra mencabutnya dengan berkata, "Pancuran ini mengganggu orang ramai." Abbas ra membantah perbuatan Umar ra itu.Akhirnya mereka berdua bersetuju menjemput Ubayy ibn Ka'ab ra untuk menghakimi perbalahan mereka.Mereka berdua datang ke rumah Ubayy b Ka'ab ra tetapi beliau tidak membenarkan mereka berdua masuk sehingga beberapa ketika.Akhirnya, mereka memasuki rumahnya dan Ubayy ibn Ka'ab berkata, "Jariahku sedang membasuh kepalaku tadi." Umar ra mahu memulakan percakapan tetapi ditahan oleh Ubayy ra yang berkata, "Biarkan Abu al-Fadl(Iaitu Abbas ra) bercakap dahulu kerana kedudukannya sebagai ahli keluarga Rasulullah SAW."

'Abbas berkata, "Tanah itu ialah tapak bangunan yang diberikan kepadaku oleh Rasulullah SAW.Aku membina binaan di atas tapak tersebut dengan bantuan Baginda SAW.Aku memasang pancuran itu semasa aku berdiri di atas dua bahu Rasulullah SAW.Kini Umar ra datang dan mencabut pancuran tersebut dan mahu memasukkan keseluruhan tapak itu ke dalam masjid."

Sebenarnya panjang lagi kisah ini.Tapi point penting macam mana kealiman Sayyidina Ubayy ra mendahulukan Ahlul Bait Rasulullah ke atas Khalifah Umar ra.Itulah adab yang patut kita pelajari dalam beradab dengan cucu cicit Rasulullah SAW.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat