Kalimah Tayyibah-Iman


(KALIMAH TAYYIBAH)

IMAN

Pengertian iman dari segi bahasa ialah percaya dengan yakin kepada perkataan seseorang yang dipercayai kewibawaannya dan dalam istilah agama iman bererti mempercayai dengan penuh keyakinan berita(ghaib) yang dibawa oleh Rasul tanpa melihat semata2 kerana wibawa seorang Rasul.

Allah swt berfirman: “Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul pun sebelum kamu(Wahai Muhammad) melainkan Kami wahyukan kepadanya, bahawa sesungguhnya tiada Tuhan kecuali Aku.Oleh itu sembahlah kamu semua akan Aku.”(Al-Anbiya:25)

Allah swt berfirman: “Sesungguhnya orang2 yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hatinya dan apabila dibacakan kepada mereka ayat2Nya bertambah iman mereka dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.”(Al-Anfal:2)

Allah swt berfirman: “Adapun orang2 yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada(agamaNya), nescaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya dan limpahan kurniaNya dan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.”(An-Nisa’:175)

Allah swt berfirman: “Sesungguhnya Kami menolong Rasul2 Kami dan orang2 yang beriman dalam kehidupan di dunia dan pada hari(kebangkitan) ketika berdirinya(para malaikat yang menuliskan amal sebagai) saksi2.”(Al-Mukmin:51)

Allah swt berfirman: “Orang2 yang beriman(kepada keEsaan Allah dan tidak menyembah selain daripadanya) dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan zalim(tidak syirik) mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itulah orang2 yang mendapat petunjuk.”(Al-An’am:82)

Allah swt berfirman: “Adapun orang2 yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.”(Al-Baqarah:165)

Allah swt berfirman: “Katakanlah(Wahai Muhammad) sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.”(Al-An’am:162)

Daripada Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Iman itu lebih daripada 70 cabang.Yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan La Ilaha illallah(Tiada Tuhan yang patut disembah kecuali Allah) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti di tengah jalan.Dan malu itu satu cabang daripada iman.”(HR Muslim)

Daripada Abu Bakar Siddiq ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa menerima kalimah yang aku sampaikan kepada pakcikku(Abu Talib ketika hampir kematiannya) namun dia menolaknya nescaya kejayaan baginya.”HR Ahmad)

Daripada Abu Hurairah ra katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Perbaharuilah iman kamu.Para sahabat bertanya; Wahai Rasulullah bagaimana kami memperbaharui iman kami?Baginda SAW bersabda: Perbanyakkanlah mengucap kalimah La ilaha illallah.(HR Ahmad, Tabrani, dan at-Targhib)

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat