Haqiqat Nubuwah Rasulullah SAW


Daripada Syeikh Taqiyuddin as-Subki bahawasanya Allah telah menciptakan ruh2 sebelum jasad2.Isyarat dengan sabda Nabi SAW: “Aku telah menjadi Nabi sebelum Adam” kepada ruhnya yang mulia ataupun hakikat kejadiannya.Dan perkara hakikat tak mampu terfikir oleh akal kita untuk mengetahuinya.Yang mengetahuinya hanyalah Penciptanya.Hakikat ruh Nabi SAW, Allah telah memberikan sifat Nubuwwah sebelum diciptakan makhluk yang lain.Telah tertulis nama Nabi SAW di atas arasydan diberitahu kepada para Malaikat tentang Risalah Baginda SAW sebagai kemuliaan kepada Baginda SAW.Hakikat kejadian Nabi SAW telah wujud sekalipun jasadnya yang mulia terkemudian.Daripada asy-Sya’bi: “Seorang sahabat bertanya; Ya Rasulullah, bilakah Tuan dilantik menjadi Nabi?Sabda Baginda: “Ketika Adam antara ruh dan jasad.”Maka baginda adalah Rasul yang pertama dari segi hakikat kejadian walaupun Rasul yang terakhir diutuskan.

Sebahagian ulama mengatakan Baginda SAW dipilih untuk dikeluarkan dari tulang belakang(benih) Adam sebelum ditiupkan ruh kerana Nabi SAW adalah maksud daripada penciptaan manusia. Diriwayatkan daripada Sayyidina Ali b Abu Talib katanya: “Tidaklah Allah utuskan seorang Nabi sejak Nabi Adam melainkan Allah mengambil perjanjian daripada Nabi tersebut tentang Nabi Muhammad SAW bahawasanya sekiranya mereka hidup ketika Nabi SAW diutuskan mereka mesti beriman dan membantu perjuangan Nabi SAW.Perjanjian ini juga dibuat dengan kaum Nabi tersebut.Dikatakan apabila Allah menciptakan Nur Nabi kita Muhammad SAW, Allah menyuruh Nur tersebut untuk melihat Nur2 para Nabi yang lain.Maka pengsanlah ruh2(NUR) para Nabi.Lalu mereka bertanya: Wahai Tuahai Kami, Nur siapakah itu?Allah berfirman: “Nur Muhammad b Abdullah.Sekiranya kamu beriman dengannya Aku jadikan kamu para Nabi.Lalu mereka menjawab: Kami beriman dengannya dan dengan Nubuwahnya.Allah berfirman: Jika begitu Aku menjadi saksi kalian.Kata ruh2 para Nabi: Ya.

Dalam surah Ali Imran:81 Allah berfirman: “Dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu.” Berkata Syeikh Taqiyuddin as-Subki: “Dalam ayat ini membesarkan kedudukan Nabi yang mulia.Jikalau ditaqdirkan Nabi SAW datang pada zaman Nabi2 terdahulu wajib mereka beriman dan membantu Baginda SAW.Ini bermakna Nabi SAW juga diutuskan kepada Nabi2 yang lain.Dengan kata lain Nubuwah dan Risalah Nabi SAW umum kepada seluruh makhluk semenjak zaman Sayyidina Adam hingga hari kiamat.Jadi bermakna seluruh Nabi dan umat mereka pada hakikatnya tergolong dalam umat Muhammad SAW.

Ini juga bermaka sabda baginda: Aku diutuskan kepada seluruh manusia tidaklah khusus pada zaman diutuskan Baginda SAW hingga hari kiamat bahkan merangkumi mereka yang hidup sebelum Baginda SAW.Dengan itu jelaslah makna hadis:

كنت نبيا و آدم بين الروح و الجسد

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat