Pendapat tentang Ibu Bapa Nabi SAW


Tadi Syeikh Ahmad al-Hadi ada cerita tentang title bonda dan ayahanda Nabi SAW di akhirat kelak.Dalam mazhab Maliki dah selesai masalah ibu bapa Nabi SAW sebab tempat depa takdak Wahabi.Mazhab Syafii yang dok jawab masalah ni sebab tempat depa berhampiran dengan geng2 Wahabi ni.Kalau dalam mazhab Syafii nama Imam Suyuti dah cukup dalam isu ni.Kesimpulannya ASWJ ada 3 pandangan tentang ibu bapa Nabi SAW:

Pendapat pertama; Ulama hadis di kalangan ASWJ berpendapat ibu bapa Nabi SAW termasuk ahli fatrah.Dan ahli fatrah sebagaimana dalam hadis akan diuji dengan disuruh masuk ke dalam api.jika mereka ikut maka mereka berjaya masuk syurga.Dan jika mereka enggan mereka akan masuk neraka kerana jika diutuskan Nabi pun mereka akan ingkar.Ini pendapat yang paling syadid dalam masalah ni di kalangan ASWJ.

Qaul kedua kata kedua ibu bapa Nabi SAW ikut agama Islam yang dibawa Nabi Ibrahim a.s.Imam ar-Razi, ulama tafsir mengatakan daripada bapa Nabi hinggalah kepada Nabi Adam a.s merupakan Qutub pada zaman masing2.Ayah2 dan datuk2 Nabi SAW adalah mutiara bagi segala makhluk Allah.

Sayyidina Abdul Mutallib datuk Nabi SAW contohnya adalah orang pertama yang berkhalwat di Gua Hira’ pada bulan Ramadhan mengikut syariat Nabi Ibrahim.Beliau juga orang pertama yang melakukan nazar korban unta.Dan Khidir merupakan Khadam Abd Mutallib.

Daripada Sayyidina Adam a.s sentiasa membawa Nur Muhammad dengan unsur Jamal dan Jalal.Apabila sampai kepada Sayyidina Abdul Mutallib ia berpecah dua kepada Sayyidina Abdullah dan Abu Talib.Akhirnya lahirlah Rasulullah SAW dengan membawa unsur Jamal manakala Sayyidina Ali membawa unsur Jalal.Setelah Sayyidina Ali berkahwin dengan Sayyidatina Fatimah kedua-dua unsur itu diperturunkan kepada Sayyidina Hasan dan Husin bi Ali yang merupakan cucu Rasulullah SAW.

Qaul ketiga mengatakan Allah menghidupkan ibu bapa kedua Nabi SAW.Walaupun hadis berkenaan dari segi sanad adalah dhaif namun disohihkan maknanya oleh Ibnu Solah dan dia mengatakan siapa memperlekehkan dengan mengatakan ia hadis dhoif kepala otak dia yang doif.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat