Kisah Kekeramatan Syeikh Qutbuddin


Kata Ibnu Battutah: Aku telah membeli seorang budak suruhan berbangsa Turki di Naisabur dan apabila Syeikh Qutbuddin melihat budak suruhan itu bersama2 denganku, beliau berkata, “Budak suruhan ini tidak baik bagimu.Juallah dia.” Aku pun berkata, “Baiklah!” Aku pun menjual budak suruhan itu pada keesokan harinya dan ia dibeli oleh seorang peniaga.Selepas itu, aku mengucapkan selamat tinggal kepada Syeikh Qutbuddin dan berangkat pergi.Ketika aku singgah di kota Bistam, salah seorang sahabatku menulis kepadaku dari Naisabur dan memaklumkan bahawa budak suruhan tersebut telah membunuh seorang kanak2 berbangsa Turki lalu ia dihukum bunuh.Ini merupakan suatu keramat yang jelas dimiliki oleh Syeikh Qutbuddin r.a.

Aku berjalan dari Naisabur ke kota Bistam.Dengan nama kota inilah, al-Syeikh al-Arif Abu Yazid al-Bistami ra yang terkenal itu dikaitkan.Makamnya terletak di kota itu dan bersebelahan dengan makamnya iaitu di bawah kubah yang sama ialah makam salah seorang anak Ja’far al-Sadiq ra.Makam syeikh dan wali yang salih, Abu al-Hasan al-Kharqani juga terletak di Bistam.Di kota tersebut, aku menginap di zawiyah Syeikh Abu Yazid al-Bistami ra.Kemudian aku meneruskan perjalan dari kota ini ke Qundus dan Baghlan mengikut jalan Hindu Khir.Kawasan tersebut merupakan kawasan kampong yang didiami oleh golongan syeikh dan solihin.Di situ juga terdapat sungai dan dusun.Kami berkhemah di Qundus iaitu di tebing sebatang sungai.Berhampiran dengan sungai tersebut terletak sebuah zawiyah milik salah seorang syeikh golongan faqir(sufi).Beliau berasal dari Mesir dan bernama Syir Siyah yang bermaksud “singa hitam”.

Kami dilayani oleh gabenor daerah itu.Beliau berasal dari Mausil dan tinggal di sebuah dusun yang besar di situ.Kami tinggal di luar kampong ini selama lebih kurang 40 hari untuk membolehkan unta dan kuda kami meragut rumput.Di tempat tersebut, sememangnya terdapat padang rumput yang baik dan rumput-rampai yang banyak.Daerah itu sangat aman disebabkan undang2 keras yang dikenakan oleh Amir Buruntaih.Kami telah menyebut bahawa menurut undang2 Turki, orang yang mencuri kuda akan diarahkan supaya mengembalikan kuda tersebut di samping 9 ekor kuda lagi yang seumpamanya. Sekiranya pencuri itu gagal berbuat demikian, anak2 lelakinya akan diambil sebagai pengganti dan seandainya ia tidak mempunyai anak, ia pasti akan disembelih seperti seekor kambing.Orang ramai melepaskan binatang mereka di padang tanpa penggembala iaitu selepas meletakkan tanda dip aha binatang tersebut.Begitulah yang kami lakukan di daerah itu.

Pada suatu hari, kami memeriksa kuda kami setelah singgah di kampong selama 10 hari dan mendapati 3 ekor kuda sudah hilang.Selepas setengah bulan, sekumpulan Tatar mengembalikan kuda tersebut ke tempat penginapan kami kerana takut dijatuhi hukuman berat itu.Sebagai tindakan berjaga2 menghadapi sebarang kemungkinan, kami menambat 2 ekor kuda bersetentang dengan khemah pada waktu malam.Pada suatu malam, kami kehilangan 2 ekor kuda tersebut.22 malam setelah meneruskan perjalanan dari situ, orang yang mengambil kuda kami itu mengembalikannya iaitu di tengah2 perjalanan kami.

Antara sebab lain yang mendorong kami berhenti sedemikian lama adalah kerana kami bimbang akan salji.Dalam perjalanan ini, kami akan sampai ke sebuah gunung yang bernama Hindu Kusy yang bermaksud “pembunuh orang India”.Nama itu diberikan kerana banyak hamba dan jariah yang dibawa dari negeri India meninggal dunia di situ disebabkan cuaca terlalu sejuk dan timbunan salji yang terlalu tebal.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat