Faedah Taqwa


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang

Maha Suci Engkau, tiada ilmu bagiku, melainkan apa yang Engkau ajarkan kepadaku, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Maha Bijaksana.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.Yang telah mencipta manusia dari tanah, dan menjadikan keturunannya dari sari air yang hina.Dialah juga yang telah mengeluarkan kaum Mukminin yang sering wasiat-mewasiati tentang kebenaran dan kesabaran daripada golongan orang2 yang merugi; iaitu dengan mengecualikan mereka ini daripada golongan Bani Adam yang lain yang umumnya telah ditimpa kerugian.Dialah juga Tuhan yang telah menganjurkan para hambaNya yang beriman supaya sentiasa bertolong-tolongan di dalam kebajikan dan taqwa, dengan melaungkan semboyan bahawa “Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa”.Sesungguhnya Dialah Tuhan Pelindung terhadap orang2 yang bertaqwa, dan Dialah Tuhan yang mencipta jin dan manusia untuk menyembah hanya kepadaNya, bukan untuk mengejar dunia dan mengumpul harta-bendanya.Malah Dia telah pun memperingatkan mereka menerusi lisan RasulNya yang dipercayai itu dalam Quran yang bermaksud:

“Aku tidak diutus untuk mengumpul harta kekayaan agar aku menjadi seorang saudagar.Akan tetapi aku diperintahkan agar memperbanyak memuji Tuhan supaya aku menjadi seorang yang sentiasa bersujud.Dan aku diperintahkan agar menyembah Tuhan sehingga tiba keyakinan(mati).”

Kalau bagitu, maka kebahagiaan setiap individu dan kesempurnaannya bergantung terus dengan perkara di atas tadi, yang kerananya ia telah dicipta.Oleh itu, hendaklah ia bersungguh2 menunaikannya dan melapangkan diri untuk mengerjakannya; iaitu dengan memutuskan segala yang dilarang dari kebatilan orang2 yang bodoh dan terpedaya, serta penyelewengan orang2 yang tolol dan perosak.

Salam sejahtera ke atas Junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, penghulu dari sekalian para Nabi, yang diutus oleh Allah sebagai rahmat untuk alam semesta.

Salam sejahtera juga ke atas keluarganya, para sahabatnya, dan sekalian pengikutnya dengan diiringi penuh kebaikan hingga ke Hari Kiamat.

Amma ba’du:

Sesungguhnya pokok segala kebajikan dan akar-umbinya ialah taqwa kepada Allah Taala secara lahir dan batin, samada di alam ghaib mahupun di alam terang.

Penghuraian Mengenai Taqwa

Taqwa juga ialah satu2nya jalan perintis yang akan menyebabkan seseorang itu memperoleh kebaikan dunia dan akhirat.Lantaran pentingnya taqwa di dalam agama serta nilainya yang begitu besardalam pandangan ulama yang utama, maka mereka pun telah berpenat-lelah menyiapkan berbagai2 pidato, nasihat dan pesanan mengenai perkara taqwa.Dan oleh kerana taqwa itu sudah pun mencakup segala urusan kebaikan, maka dihukumkan wasiat yang diwajibkan dalam khutbah Jumaat memadai dengan hanya menyebutkan taqwa kepada Allah Taala saja.Dalam kebanyakan hal juga, sering para ulama yang terulung memakai taqwa kepada Allah sebagai pesanan kepada sesiapa yang datang memohon pesanan daripada mereka.

Taqwa juga merupakan suatu wasiat Allah swt untuk orang2 terdahulu dan orang2 yang terkemudian.

Allah telah berfirman di dalm surah an-Nisa’:131 yang bermaksud: “Dan Kami telah perintahkan kepada orang2 yang diberikan Kitab sebelum kamu, dan juga kamu supaya bertaqwa(patuh) kepada Allah.”

Di dalam perintahNya supaya bertaqwa, Allah telah berfirman pula dalam surah an-Nisa’:1: “Wahai manusia! Bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu yang telah mencipta kamu dari diri yang satu.”

FirmanNya lagi dalam surah al-Ahzab:70: “Wahai orang2 yang beriman!Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar.”

FirmanNya lagi dalam surah Ali Imran:102: “Wahai orang2 yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguhnya taqwa.”

FirmanNya lagi dalam surah at-Taghabun:16: “Bertaqwalah kepada Allah sekadar yang termampu olehmu.”

Yakni: Lapangkanlah dirimu sekadar yang terdaya-upaya untuk menunpukan diri untuk bertaqwa kepada Allah Taala.Sebab Allah Taala pun telah berfirman dalam surah at-Thalaq:7: “Tuhan tiada memberatkan sesuatu jiwa , melainkan sekadar yang Dia berikan kepadanya.”

Seterusnya, jika hendak dikira firman2 yang membicarakan tentang taqwa tentu ada banyak sekali.

Faedah Taqwa

Sebenarnya Allah swt telah mengumpul semua kebaikan dunia dan akhirat untuk diberikanNya kepada orang2 yang bertaqwa kepadaNya.

Di antaranya mendapat jalan keluar daripada tekanan hidup dengan rezeki sentiasa datang berlimpah-ruah tanpa diduga lagi.

Firman Allah Taala dalam surah at-Thalaq:2-3: “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mematuhi segala p’erintahNya dan menjauhi segala laranganNya), niscaya Allah akan mendorongkan baginya jalan keluar(dari kesulitan), dan Dia(Allah) akan memberikan rezeki kepadanya dari(sumber) yang tiada diduga.”

Di antaranya mendapat petunjuk.Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah:2: “Itulah Kitab(al-Quran) tiada keraguan padanya, sebagai petunjuk bagi orang2 yang bertaqwa.”

Di antaranya mendapat ilmu ladunni.Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah:282: “Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan Dia akan mengajar kamu.”

Di antaranya mampu membedakan ketika timbul kekeliruan atau berlaku sesuatu kemusykilan.Juga sebagai penebus kesalahan dan penyuci segala dosa.

Firman Allah Taala dalam surah al-Anfal:29: “Kiranya kamu bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia(Allah) akan mengurniakan pengenalan untuk membeda(antara yang benar dengan yang salah), dan dihapuskanNyalah kesalahan2 kamu serta mengampuni kamu.”

Setengah para Mufassirin mengatakan bahawa maksud firman pengenalan untuk membeda, yakni, diletakkan di hati kamu suluh hidayat yang dapat membedakan antara yang benar dengan yang batil.

Di antaranya mendapat pimpinan dari Allah Taala.Firman Allah Taala dalam surah al-Jatsiah:19: “Dan Allah sebagai Pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa.”

Di antaranya mendapat perlindungan dari Allah swt.Firman Allah Taala dalam surah at-Taubah:123: “Dan ketahuilah, bahawasanya Allah bersama2 orang2 yang bertaqwa.”

Yakni, Allah swt sentiasa akan memenangkannya, menjaganya dan memeliharanya.

Di antaranya mendapat keselamatan.Firman Allah Taala dalam surah Maryam:72: “Kemudian Kami(Allah) menyelamatkan orang2 yang bertaqwa.”

Di antaranya mendapat jaminan masuk syorga.Firman Allah Taala dalam surah ar-Ra’ad:35: “Perumpamaan syorga yang dijanjikan kepada orang2 yang bertaqwa.”

Dalam surah al-Qalam:34: “Sesungguhnya orang2 yang bertaqwa akan memperoleh syorga Jannatun Na’im dari Tuhan mereka.”

Dalam surah Qaf:31: “Dan syorga itu dibawa ke dekat orang2 yang bertqwa, tiada berapa jauh daripada mereka.”

Dan lain2 lagi dari kebaikan2 yang molek, kelebihan2 yang besar serta kurnia2 yang berharga.

Memadailah menjadi bukti tentang kemuliaan taqwa, bahawasanya Allah Taala telah menyebutnya dalam lebih daripada 70 ayat di dalam al-Quran.

Dalam menyebut tentang perintah bertaqwa dan keutamaannya, telah bersabda Rasulullah SAW: “Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada, dan iringilah perbuatan jahat itu dengan yang baik, niscaya ia akan menghapuskannya, dan pergaulilah manusia dengan budipekerti yang luhur.”

Sabdanya lagi: “Aku berwasiat kepada kamu agar bertaqwa kepada Allah, mendengar perintah dan mematuhinya, meskipun yang memerintah kamu hanya seorang hamba habsyi(hitam).”Sabdanya lagi: “Takutlah api Neraka walaupun dengan bersedekah setengah biji korma.Jika kamu tidak dapat, maka dengan perkataan yang baik.”

Rasulullah SAW sentiasa membaca doa ini: “Ya Allah!Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku memohon Engkau petunjuk, taqwa, afaf(menahan diri dari meminta2) dan mencukupi diri.”-Wallahu A’lam.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat