Haqiqat Muhammadiyah


Ketahuilah bahawasanya apabila nak berlaku kehendak Allah Taala untuk menciptakan makhluknya Allah menzahirkan haqiqat Muhammadiyah.Daripada Nur Muhammad tersebut Allah menciptakan seluruh alam lalu dikhabarkan tentang kenabiannya sedangkan Sayyidina Adam sebagaimana sabda Rasulullah SAW antara ruh dan jasad.Nur Muhammad adalah bapak terbesar dari segi kerohanian kepada seluruh alam.

Apabila berakhirnya alam pertama(alam ruh) lalu berpindahlah ke alam syahadah lalu dizahirkan Nabi Muhammad SAW dengan jisim berserta ruhnya.Dalam sohih Muslim daripada Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla menulis taqdir segala makhluk sebelum penciptaan langit dan bumi 50000 tahun.Dan adalah arasyNya di atas air.Dan antara yang tertulis di Ummul Kitab bahawa Sayyidina Muhammad SAW penutup segala Nabi.”

Daripada al-Irbadh b Sariah daripada Nabi SAW: “Sesungguhnya aku di sisi Allah adalah penutup segala Nabi ketika Adam masih lagi tanah yakni masih dilemparkan atau dibentuk sebelum ditiupkan ruh ke dalamnya.”

Daripada Maisarah adh-Dhabbi katanya aku bertanya: “Ya Rasulullah, bila tuan menjadi Nabi?Sabda Nabi SAW: “Ketika Adam antara ruh dan jasad”

Daripada Suhail b Soleh al-Hamdani katanya: “Aku bertanya Abu Jakfar Muhammad b Ali; Bagaimana Nabi Muhammad SAW didahulukan daripada para Nabi sedangkan Baginda SAW adalah Nabi yang terakhir diutuskan?Jawabnya: “Sesungguhnya ketika Allah Taala mengambil penyaksian daripada seluruh ruh Bani Adam: Alastu Birabbikum!(Bukankah Aku Tuhan kamu?) Nabi Muhammad SAW yang pertama menjawab “Bala(Bahkan).Kerana itulah Baginda SAW didahulukan di kalangan para Nabi sekalipun Baginda SAW paling akhir diutuskan.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat