Kecintaan Kepada Para Sahabat Dan Zuriat Nabi SAW



Berkata Imam at-Tohawi: “Kami mencintai para sahabat Rasulullah SAW namun kami tidak melampaui had dalam mencintai salah seorang sahabat.Kami juga tidak memisahkan diri daripada salah seorang sahabat.Kami membenci sesiapa yang membenci sahabat dan yang menisbahkan kecelaan yang dusta terhadap sahabat.Kami tidak menyebut sahabat kecuali dengan sifat mulia mereka.Mencintai para sahabat adalah agama, iman dan ihsan.Kebencian kepada sahabat adalah kufur, nifaq dan kezaliman.

Dan kami mentsabitkan khilafah selepas Rasulullah SAW yang pertama adalah Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, kemudian Sayyidina Umar al-Khattab, Kemudian Sayyidina Utsman b Affan dan Sayyidina Ali r.anhum.Mereka berempat adalah al-Khulafa’ ar-Rasyidun.10 sahabat yang Nabi jamin dengan pasti masuk syurga adalah Sayyidina Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali, Talhah, Zubair, Saad, Said, Abd Rahman b Auf dan Abu Ubaidah al-Jarrah r.anhum.

Barangsiapa yang memperelokkan perkataan kepada para sahabat Rasulullah SAW serta isteri2 dan ZURIAT Baginda SAW maka dia bebas darim penyakit nifaq.Ulama terdahulu di kalangan tabiin dan selepasnya di kalangan ahlul khair dan dan ahlut taqwa dan ahlul ilmi tidak menyebut hal ehwal para sahabat melainkan pada perkara yang positif.Sesiapa yang mengeji para sahabat maka dia bukan berada di atas jalan taqwa.”

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat