Asal kejadian

Allah mula2 menjadikan cahaya atau nur yang digelar dengan Nur Muhammad SAW dari nur sifat JamalNya[keindahanNya].Nabi Muhd SAW pernah bersabda bahawa yang awal dijadikan Allah ialah roh Muhammad.Ia dijadikan dari cahaya ketuhanan.Selanjutnya Nabi bersabda bahawa yang mula2 dijadikan ialah Qalam[pena] dan juga sabdanya bahawa yang paling awal dijadikan ialah akal. Sekarang tahulah kita bahawa yang awal dijadikan Allah ialah satu realiti yang ghaib dan bersifat kerohanian yang dinamakan nur,roh,qalam dan akal.Ia adalah suatu realiti yang mempunyai berbagai nama menurut fungsinya dan dari sudut mana kita memandang. Realiti yang batin atau ghaib ini digelar oleh orang2 sufi sebagai Haqiqatul Muhammadiah.Realiti atau hakikat ini digelar dengan banyak nama.Ianya digelar nur atau cahaya kerana ia bebas dan bersih dari segala kegelapan.Ataupun ia digelar nur kerana dengan adanya cahaya tersebut segala kegelapan hilang musnah. Hakikat ini juga digelar 'aqlul kull[akal semesta] kerana ia ta...