Kenapa anak lelaki dapat 2 bahagian anak perempuan?


Sebahagian bertanya-tanya:Kenapa kaum wanita diberikan warisnya setengah daripada lelaki padahal wanita sangat lemah dibandingkan lelaki dan sangat memerlukan harta?Syeikh Muhd Ali As-Sobuni memberikan jawapan terbaik.

Banyak hikmahnya.Antaranya:

Pertama:Keperluan dan hajat wanita dipenuhi dan dicukupkan oleh lelaki.Maka nafkah bagi seorang wanita wajib pada anaknya atau pada bapanya atau saudaranya atau yang lain dari ahli keluarga dekatnya.

Kedua:wanita tidak dibebani untuk memberi nafkah pada seseorang lain halnya dengan lelaki ia mempunyai beban memberikan nafkah pada keluarga dan ahli keluarga dekatnya serta pada yang lain yang masih ada hubungan wajib nafkah.

Ketiga:Nafkah2 pada lelaki lebih banyak dan kewajipan2 dalam hal material lebih berat.Maka keperluannya terhadap material lebih banyak/besar daripada keperluan wanita itu sendiri.

Keempat:lelaki(ketika nikah) membayar mahar dan belanja kahwin untuk isterinya.Kemudian dia dibebankan lagi untuk menyiapkan tempat tinggal, makanan, pakaian untuk isteri dan anak2.

Kelima:Biaya2 pendidikan untuk anak2, biaya ubat2 untuk isteri dan anak2 semua merupakan beban dan tanggungjawab suami.

Dan banyak lagi yang lainnya yang berhubungan dengan keperluan2 wang dan nafkah2 lainnya yang merupakan beban seorang suami yang telah dibebankan oleh syariat Islam yang agung dan atas perintah yang Maha Bijaksana.

Dari penglihatan yang tajam ini maka akan jelas kepada kita hikmah Allah yang mulia dari adanya perbezaan hak bahagian untuk lelaki dan perempuan.Dan setiap kali nafkah seseorang lebih banyak dan kewajipan2 juga lebih besar dan lebih berat maka secara akal sihat ia akan memiliki/mendapatkan hak bahagiannya lebih banyak dan lebih luas.

Meskipun Islam telah memberikan pada lelaki 2 kali lebih banyak dari perempuan.Meskipun demikian Islam tetap memanjakan perempuan dengan rahmat dan keutamaannya dan memberinya lebih dari apa yang kamu gambarkan/bayangkan iaitu lebih istimewa dan menikmati lebih banyak daripada lelaki… kerana wanita bersama-sama mendapat warisnya.Malah boleh menabung tanpa susah payah mengeluarkan nafkah atau ikut bersama suami menanggung beban hidup dan keperluannya.

Dalam syarak Islam isteri tidak diwajibkan untuk memberikan nafkah dari harta miliknya sedikitpun baik pada dirinya, anak-anaknya-walaupun dia kaya dan berada-selama di bawah tanggungan suaminya kerana suamilah yang punya beban memberi nafkah padanya dan anak2 yang meliputi rumah,makanan, minuman juga pakaian.

Bayangkan seorang lelaki meninggal meninggalkan 2 anak sahaja(lelaki dan perempuan) dengan meninggalkan RM3000.Maka sesuai dengan petunjuk syariah Islam anak perempuan mendapat RM1000 dan anak lelaki RM2000.Kemudian menjelang pintu pernikahan anak lelaki tadi perlu membayar mahar dan belanja kahwin lebih kurang RM8000 iaitu 4 kali ganda harta warisannya.Manakala anak perempuan pula mendapat mahar daripada lelaki yang ingin mengahwininya.Sungguh beruntung kaum perempuan dalam Islam bukan?

Comments

Doktor Nombor said…
Assalamualaikum,
Boleh saya tahu ada tak rujukan untuk jawapan Syeikh Muhd Ali As-Sobuni? Mungkin nama buku?
Unknown said…
Saudari Nurul, sy tolong jawab bagi pihak tuan blog.may be dia x sedar ada komen ni. Syeikh Muhammad Ali as-Sobuni ada karang kitab khas ttg hukum harta pusaka yg diterjemahkan oleh Hj Abd Malik Hj Hasan dgn judul "Ilmu Waris Dlm Syariah Islam Menurut al-Quran & Sunnah" terbitan pustaka al-Shafa.

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat