Ratib al-Haddad

Ratib al-Haddad ini mengambil nama sempena nama penyusunnya, iaitu Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang terkenal.Daripada doa2 dan zikir2 karangan beliau, Ratib al-Haddadlah yang paling terkenal dan masyhur.Ratib yang bergelar al-Ratib al-Syahir (Ratib Yang Termasyhur) disusun berdasarkan inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijriyah (bersamaan 26 Mei 1661).

Ratib ini disusun bagi menunaikan permintaan salah seorang murid beliau, 'Amir dari keluarga Bani Sa'd yang tinggal di sebuah kampung di Syibam, Hadhramaut. Tujuan 'Amir membuat permintaan tersebut ialah bagi mengadakan suatu wirid dan zikir untuk amalan penduduk kampungnya agar mereka dapat mempertahan dan menyelamatkan diri daripada ajaran sesat yang sedang melanda Hadhramaut ketika itu.

Pertama kalinya Ratib ini dibaca ialah di kampung 'Amir sendiri, iaitu di Kota Syibam setelah mendapat izin dan ijazah daripada al-Imam Abdullah al-Haddad sendiri. Selepas itu Ratib ini dibaca di Masjid al-Imam al-Haddad di Hawi, Tarim dalam tahun 1072 Hijriah bersamaan tahun 1661 Masehi.Pada kebiasaannya ratib ini dibaca berjamaah bersa doa dan nafalnya (sunatnya @ tambahannya), setelah solat Isyak.Pada bulan Ramadhan ia dibaca sebelum solat Isya' bagi mengelakkan kesempitan waktu untuk menunaikan solat terawih.Mengikut Imam al-Haddad di kawasan2 di mana Ratib al-Haddad ini diamalkan, dengan izin Allah kawasan2 tersebut selamat dipertahankan daripada pengaruh sesat tersebut.

Apabila Imam al-Haddad berangkat menunaikan ibadah haji, Ratib al-Haddad pun mula dibaca di Makkah dan Madinah.Sehingga hari ini Ratib berkenaan dibaca setiap malam di Bab al-Sofa di Makkah dan Bab al-Rahmah di Madinah.Habib Ahmad b. Zain al-Habsyi pernah menyatakan bahawa sesiapa yang membaca Ratib al-Haddad denganpenuh keyakinan dan iman dengan terus membaca "La ilaha illallah" hingga 100 kali (walaupun pada kebiasaannya dibaca 50 kali), ia mungkin dikurniakan dengan pengalaman yang di luar dugaannya.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat