Ke Arah Kesatuan Pemikiran dan Pemulihan Akhlak

Assalamualaikum semua yang membaca blog saya.Agak lama jugak saya tidak menulis di blog ini.Barangkali jika ia dapat bersuara ia akan menjerit: "Hoi hang pi mana lama sangat sampai lupa kat aku?"

Pertama sekali saya ingin memohon maaf jika ada yang terasa hati dengan tulisan2 saya sama ada di blog, Facebook, Watsap dan seumpamanya.Jika ada yang saya unfriend dalam FB dan keluar grup WS tak bermakna saya ingin memutuskan tali silaturrahim.Akan tetapi saya terpaksa melakukan perkara demikian untuk menjaga hati ini.

Setelah diamati secara mendalam, saya dapati dua perkara yang perlu menjadi keutamaan umat Islam zaman ini iaitu Kesatuan Pemikiran dan Pemulihan Akhlak.Inilah yang menjadi sasaran musuh kita sama ada musuh yang kita nampak ataupun yang tersembunyi.

Menurut Imam Ghazali dalam kitab Minhajul 'Abidin, dalam perjalanan kita menuju Allah terdapat empat seteru kita iaitu dunia, makhluk, syaitan dan nafsu kita.Musuh yang paling hebat sekali ialah nafsu kita.Amat dahsyat sekali bagi mereka yang dapat memahaminya.

Kembali kepada topik perbicaraan, macam mana kita nak memulihkan kesatuan pemikiran dan pemulihan akhlak?Syeikh Said Hawwa dalam kitab "Tarbiyyatuna ar-Ruhiyyah" menyatakan cara kita nak sampai kepada Allah ialah melalui ilmu dan zikir.

Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu?Secara mudahnya ada ilmu Fardhu Ain dan ada ilmu fardhu Kifayah.Ilmu Fardhu Ain menurut majoriti (Jumhur) ulama adalah ilmu Tauhid (Ketuhanan, Nubuwwat, Sam'iyat) , ilmu Feqah (ibadah, muamalat, munakahat, jinayat) dan ilmu Tasawuf.Tapi ilmu sebegini semakin diabaikan oleh generasi sekarang termasuk di kalangan pelajar agama sendiri.Ada di kalangan mereka begitu ghairah membicarakan perkara2 khilafiyah hingga melupakan ilmu2 bermanfaat yang sepatutnya diutamakan.Malah ada yang sampai berani mempertikaikan ulama salafus soleh.

Perkara kedua yang perlu kita tekankan adalah akhlak.Ramai yang mengabaikan akhlak dan adab dengan ibu bapa, guru, rakan seperjuangan malah ada yang berani melanggar akhlak dengan Allah dan Nabi SAW.Bagaimana Islam ingin dijulang jika tiada akhlak?Bagaimana hendak ditunjukkan keindahan Islam kepada Non Muslim jika perangai kita lebih teruk daripada mereka.Bahkan lebih teruk daripada binatang!!!

Cukup rasanya kali ini buat permulaan setelah sekian lama menyepi daripada penulisan blog.Harap tuan2 yang budiman yang membaca blog saya dapat mendoakan saya.Dan jika ada teguran@salah silap yang ditulis dalam blog ni dapat emelkan ke refah00@yahoo.com. Jika ada yang kurang faham tulisan2 saya boleh tanya saya atau rujuk kepada alim ulama di tempat tuan2.Semoga bertemu lagi bittaufiq in sya Allah.

Mohd 'Amir Md Azmi, Kedah (12.38 am)

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat