Taubat menurut Imam al-Ghazali



Taubat seperti dijelaskan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya "Ihya ulumuddin" adalah sebuah makna yang terdiri dari tiga unsur: ilmu, hal dan amal. Ilmu adalah unsur yang pertama, kemudian yang kedua hal, dan ketiga amal.


Ketahuilah bahawa sesungguhnya taubat adalah maqam yang pertama bagi para salikin(orang yang berjalan menuju Allah).Taubat merangkumi tiga martabat iaitu ilmu, hal dan amal.Maka ilmu adalah martabat yang pertama. Kerana ia adalah asal kepada ikatan iman Billah dan Lillah.


Manakala hal pula ialah yang kedua kerana ia adalah perasaan yang terhasil daripada ilmu.Yang ketiga pula adalah amal hati dan anggota badan yang terhasil setelah timbul hal(perasaan).


“Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.”al-Haj:54


“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengatahui (akan salahnya dan akibatnya).” Ali Imran:135


Di dalam ayat ini terhimpun rukun2 taubat bagi siapa yang memperhatikannya.


Yang dimaksudkan dengan ilmu ialah mengetahui besarnya mudharat dosa dan ia adalah hijab antara hamba dan Kekasih(Allah).Apabila diketahui perkara demikian dengan makrifat yang hakiki beserta keyakinan yang teguh akan menghasilkan kesan dalam hati ketakutan hilangnya Kekasih apabila melakukan dosa.Inilah menghasilkan HAL yang dinamakan an-nadam(penyesalan).


Apabila penyesalan meresap ke dalam hati ia akan menatijahkan kehendak dan maksud untuk melakukan perbuatan yang berkaitan dengan suasana kini, masa lalu dan akan datang.Perbuatan yang berkaitan dengan suasana kini ialah dengan meninggalkan dosa yang telah dilakukannya dan perkara ini wajib di sisi syarak.Manakala perbuatan yang bersangkutan dengan masa akan datang pula ialah azam untuk meninggalkan dosa yang menghijabnya dengan Kekasih hingga ke akhir umur azam tersebut.Maka jangan diulangi dosa tersebut dan perkara ini juga wajib di sisi syarak. Manakala amalan yang bersangkutan dengan masa lalu ialah dengan mengqada’ umpama solat fardu dan meminta maaf atau halal atau ganti jika bersangkutan dengan hamba Allah yang lain.


Dalam kebanyakan perkara diitlakkan nama taubat kepada makna an-nadam(penyesalan).Ini menjadikan syarat ilmu sebagai muqaddimah dan at-tarku(meninggalkan dosa) sebagai buah(hasil).Dan atas iktibar inilah Nabi SAW bersabda:


"الندم توبة" قال العراقي:رواه ابن ماجه وابن حبان والحاكم من حديث أنس وقال:صحيح على شرط الشيخين اه.

وقال العلامة مرتضى الزبيدي:رواه ابن ماجه من طريق عبد الكريم الجوري وأخرجه أيضا الطيالسي في مسنده وأخرجه الطبراني في الكبير وأخرون وأخرجه أحمد والبخاري في التاريخ والحكيم والبيهقي وأبو نعيم اه.


Hadis di atas bermaksud: “Penyesalan itu adalah taubat”


Diolah dari kitab Ittihaf Sadatul Muttaqin(Syarah Ihya’),

Pengolah:

Mohd Amir Md Azmi an-Naqsyabandi,

Titi Gajah, Alor Setar,

19/6/2011 pada pukul 8.53

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat