Sunday, June 5, 2011

Bolehkah PAS dan Tabligh bersatu?


Alhamdulillah Muktamar PAS kali ni selesai sudah.Tahniah dan takziah kepada yang menang.Tak perlu timbul isu pecah undi, pengkhianat dan pertembungan ulama dan profesional.Ini kerana biar siapa pun yang menang, dasar PAS tetap ditentukan oleh Majlis Syura Ulama yang diketuai Mursyidul Am dibantu oleh Timbalannya dan ahli majlis Syura yang lain.Inilah konsep kepimpinan ulama yang harus difahami oleh semua pejuang jamaah PAS.

Syukur juga dapat bertemu sahabat2 seperti Abg Zulkhairi, Us Hasbullah, Us Aminurrasyid, Us Razak Tantawi, Us Jijo, Along n Angah, Piji, Syaikh Ubaid, Us Hairul Nizam, Us Nazri, Us Asri, Juzaili, Asim,Us Halim,Salman Maskuri,Asyraf,Shahruz Zaman dan ramai lagi termasuk yang tak dapat dilupakan sahabat dunia akhirat Dr Azrul Azlan Iskandar Mirza.Sempat juga bermesra dengan Ketua Dewan Ulama PAS Kedah waktu hujan tadi.

Saya tak berminat nak bahas panjang tentang pemilihan dan muktamar.Cuma saya berminat dengan sebuah surat(macam surat layang lak) yang mengatakan PAS dan Tabligh boleh bersatu.Saya tak mahu mempertikaikan niat penulis surat tersebut dan apa tujuan dia.Cuma saya nak hurai sedikit boleh atau tidak PAS dan tabligh bersatu atau paling tidak dapat bekerjasama.

Tabligh dalam bayan2 mereka tidak pernah menyentuh soal politik.Itu saya boleh terima kerana Gerakan Tabligh adalah internasional dan tak terikat dengan isu2 setempat.Cuba apa yang saya ingin persoalkan di sini apakah ahli Tabligh di Malaysia mengundi PAS.Kalau mereka tak mengundi, ini adalah satu kerugian kepada gerakan Islam.Jika ada di antara mereka yang mengundi UMNO itu saya rasakan mereka telah mengkhianati perjuangan Islam khususnya pemgamalan Sunnah yang mereka perjuangkan.Sunnah yang terbesar adalah pengamalan hukum jenayah Islam.UMNO tak pernah memperjuangkan perkara ini.Malah pengamalan individu seperti menutup aurat pun UMNO memandang sepi.Apa maknanya sunnah yang diperjuangkan oleh Tabligh kalau perkara ini dipandang remeh oleh mereka.

Seperkara lagi yang perlu disentuh, ahli jemaah tabligh cukup tekun dengan "bayan" mereka. Tetapi hanya segelintir yang megikuti kuliah fardu Ain oleh para tok Guru di Masjid, surau dan pondok-pondok pengajian.Niat murni mereka untuk berdakwah amat dipuji.Tetapi bagaimana hendak berdakwah sekiranya Islam tak difahami sepenuhnya.Islam bukan sekadar solat, puasa, zakat, haji, bersiwak, berserban dan berjubah.Tapi Islam adalah syumul merangkumi perkara akidah, tasawuf, ibadah, muamalah, munakahat, jinayat, pemerintahan dan sebagainya.

Saya percaya bahawa Tabligh dan PAS yang dipimpin oleh Majlis Syura masing2 mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mendaulatkan Islam.Saya juga percaya ahli syura kedua2 jemaah ini memahami bahawa tidak ada jurang antara PAS dan Tabligh.Masalahnya adalah ahli2 bawahan kedua2 jemaah ini.Alangkah eloknya sekiranya ahli PAS dapat keluar berdakwah bersama jemaah Tabligh untuk menghayati sunnah2 yang kadangkala dipandang remeh oleh mereka yang mengaku berjiwa haraki.Manakala ahli Tabligh menyokong usaha PAS mendapatkan kuasa untuk melaksanakan Islam dengan sekurang-kurangnya memberi undi kepada PAS dalam pilihanraya.

Akhir kata saya menyeru kepada seluruh umat Islam agar bukan hanya bersemangat semata2 untuk menegakkan Islam.Jangan hanya mengaku haraki tapi dada kosong daripada ilmu2 Islam. Dan apa yang paling penting peranan ulama dan tok guru agama hatta guru KAFA harus dimartabatkan.Jangan kerana perkara remeh temeh kita mengeluarkan kenyataan yang berunsur biadap kepada ulama seperti mengatakan "Apa jasa Ustaz A kepada parti kita?" Belajarlah untuk beradap dengan para ulama.Dan di sinilah pentingnya peranan guru yang mursyid.Siapa yang berjumpa dengan guru mursyid teruslah menjadi khadam kepada mereka seperti kata Syeikh Ali al-Khawwas ra:

"اذا سئل احدكم عن شيخه فليقل كنت خادمه ولا يقل كنت صاحبه فان مقام الصحبة عزيز

Maksudnya:Jika ditanya salah seorang kamu tentang guru kerohaniannya Maka katakanlah Aku adalah khadamnya.Dan jangan mengatakan aku adalah temannya.Kerana kedudukan as-Suhbah (teman) adalah kedudukan yang tinggi"

Mohd Amir Md Azmi an-Naqsyabandi,
Bandar Teknologi Kajang,
11.20 malam


4 comments:

Ramly said...

Ada kah semua ahli jamaah tabligh tak berilmu dan semua ahli pas berilmu? Syaitan berkata aku lebihbaik dari dia.

Saifu Bahrudin said...

Assalamualaikum ustaz. sebenarnya masalah tidak mempunyai ilmu berlaku di dalam kalangan dua kelopok jemaah ni, dan bg sy adalah agak tidak adil jika melebihkan kpd golongan tabligh sahaja. di dalam jemaah pas sendiri, mengikut pemerhatian saya, masih banyak yg keliru dengan ilmu agama, masing2 memilih utk membaca buku sahaja, tanpa bertalaqqi kepada ulama'. bahkan lebih ramai dikalangan ahli pas yg jahil dengan sunnah baginda saw. jd penyelesaian kepada masalah ini, semua ulama', drpd jemaah pas dan jemaah tabligh mesti berusaha utk membawa mereka kepada ilmu. tugas ulama' adalah mengajarkan ilmu, tp bagaimana pula jika org ramai xmau menimba ilmu? adakah ulama' hanya perlu duduk di meja ceramah dengan mengata itu ini kepada mereka? adakah Allah terima tindakan sebegini? apabila berlaku kefasadan di muka bumi ni, ulama' xleh hanya memilih utk hanya bg ceramah, sebaliknya ulama' perlu bergerak kepada mereka. pernah terjadi dahulu ketika zaman sayyidina syeikh abdul qadir jailani semua ulama' sufi mahu berdiam di gua kerana beranggapan umat telah rosak. apa yg syeikh abdul qadir buat? beliau menyeru mereka semua utk bergerak menyebarkan agama Allah kan? itu lah yg perlu ulama' skang ni buat. basmi habis habisan kejahilan di muka bumi ini. ustaz dah waqafkan diri utk agama Allah kan? jd tunaikan tanggungjawab ustaz skang ni. sy juga sedih melihat betapa kejahilan berleluasa di kalangan jemaah tabligh, tp kalau ustaz2 semua xbergerak membantu mereka, siapa lg yg akan bantu mereka? ulama' di dalam jemaah tabligh ni xmampu nk beri perhatian kpd semua ahli jemaah mereka, jd ustaz juga perlu menolong. sy bukan ahli jemaah tabligh, tp sy hanya berkongsi pendapat utk menyelesaikan masalah ni.

ZulLia Arabica said...

Assalamualaikum, bg saya, mencampur aduk kan agama dan politik tidak patut sama sekali...Agama Allah terlalu suci untuk dicemari dgn agenda politik yg mempergunakan Islam sebagai 'alat' untuk meraih undi..sekadar pandangan..

ZulLia Arabica said...

Assalamualaikum, bg saya, mencampur aduk kan agama dan politik tidak patut sama sekali...Agama Allah terlalu suci untuk dicemari dgn agenda politik yg mempergunakan Islam sebagai 'alat' untuk meraih undi..sekadar pandangan..