Taat dan Wala'


"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya." (an-Nisa' ayat 59)

Para mufassirin berbeza berkenaan maksud Ulil Amri dintaranya:
1. Para pemimpin.
2. Para ulama, fuqaha' dan agamawan.
3. Para Sahabat Nabi SAW.
4. Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar r.anhuma.

Dalam ayat ini ada isyarat kepada empat dalil2 fiqh yang disepakati ASWJ iaitu Al-Kitab(Quran), Sunnah, Ijma' ulama dan qiyas.Firman Allah أطيعوا الله isyarat kepada kitab Allah(al-Quran). Manakala firmanNya أطيعوا الرسول pula isyarat kepada sunnah.FirmanNya وأولى الأمر isyarat kepada ijmak ulamak dan firmanNya فان تنازعتم الخ adalah isyarat kepada qiyas.

Jika diteliti perlembagaan PAS pindaan 2009 dalam fasal 7(1) ada disebutkan: "Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

Inilah yang membezakan antara PAS dan parti2 politik yang lain.Lebih2 lagi dasar PAS diselia oleh Majlis Syura Ulama yang mempunyai 17 ahli diketuai oleh Mursyidul Am dengan dibantu Timbalannya dan ahli2 yang lain.

Ulama tafsir berpendapat firman Allah في شيء ialah sesuatu yang tidak ada nas yang sorih seperti solat witir.Jadi sesuatu yang telah ada nas yang jelas dan nyata seperti kewajipan solat 5 waktu dan haramnya arak tidak boleh diterima qiyas.

"Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang." -al-Maidah:ayat 55&56

Ayat ini diturunkan ketika Abdullah b Salam, seorang ulama Yahudi yang masuk Islam mengadu kepada Rasulullah SAW tentang kaumnya yakni Yahudi memulaunya kerana menganut agama Islam.Maka Rasulullah pun membacakan ayat ini.Lalu beliau berkata: "Aku redho Allah sebagai Tuhan, Nabi Muhammad SAW sebagai rasul dan para Mukmin sebagai wali(pembantu).

Firman Allah راكعون dalam Tafsir Jalalain diterangkan maksudnya ialah orang yang khusyuk ketika solat ataupun orang yang banyak melakukan solat sunat.

Dalam ayat ini disebut golongan Allah(Hizbullah) tetap menang.Tetapi kenapa kita melihat pejuang Islam dan jamaah Islam selalu kalah.Jadi di sini ulama mentafsirkan yang dimaksudkan dengan sentiasa menang ialah kemenangan berada di jalan yang benar dengan hujah dan bukti yang kukuh yang sentiasa berkekalan hingga kiamat.Bukannya dengan mempunyai daulah dan kekuasaan.Jika tidak, bukan sekali golongan Hizbullah mengalami kekalahan dalam peperangan dan politik termasuk pada zaman Rasulullah SAW.


Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat