Sunday, February 20, 2011

TAFSIRAN HADITH AL-JARIAH YANG DISELEWENGKAN OLEH WAHHABI!!!

TAFSIRAN HADITH AL-JARIAH MENGIKUT FAHAMAN YANG SEBENAR:

Golongan WAHHABI yang mendakwa bahawa Allah itu mempunyai tempat sering kali menjadikan hadith yang diriwayatkan di dalam kitab Sahih Muslim yang mana padanya terdapat soalan Nabi kepada seorang hamba tentang di manakah Allah, lalu hamba tersebut menjawab bahawa Allah itu berada di atas langit, sebagai hujah untuk mendakwa bahawa Allah itu bertempat. Di sini kami membahaskan berkenaan hadith al-Jariah ini secara terperincian dengan membawa kesemua riwayat-riwayat hadith al-Jariah supaya kita semua dapat memahami hadith ini sebagaimana ulama’-ulama’ kita memahaminya.

Sekarang mari kita lihat hadith tersebut serta penerangan yang diberikan oleh para ulama’ Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah mengenainya. Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Muslim daripada Muawiyah bin Hakam al-Sullami yang berbunyi[1]:

"قَالَ: وَ كَانَتْ لِيْ جَارِيَةٌ تَرْعَىْ غَنَمًا لِيْ قَبْلَ أُحُدٍ وَ الْجُوَانِيَّةِ فَاطَّلَعَتْ ذَاتِ يَوْمٍ فَإِذَا الذِّئْبُ قَدْ ذَهَبَ بِشَاةٍ مِنْ غَنَمِهَا, وَ أَنَّا رَجُلٌ مِنْ بَنِيْ آدَمَ, آسَفَ كَمَا يَأْسِفُوْنَ, لَكِنِّيْ صَكَّكَتْهَا صكة, فَأتَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فَعَظَمَ ذَلِكَ عَلَيَّ. قُلْتُ: يَا رَسُوْلَ الله! افلا أَعْتِقْهَا؟ قَالَ: إِئْتِنِيْ بِهَا فَأَتَيْتُهُ بِهَا. فَقَالَ لَهَا: أَيْنَ اللهُ؟ قَالَتْ: فِي السَّمَاءِ. قَالَ: مَنْ أَنَا؟ قَالَتْ: أَنْتَ رَسُوْلَ اللهِ. قَالَ أَعْتِقْهَا فَإِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ".

Maksudnya:

"Aku mempunyai seorang hamba yang mengembala kambing untukku di bahagian Uhud dan Al-Jawaniah. Pada satu hari dia telah melepaskan kambing-kambing gembalaannya dan tiba-tiba datang seekor serigala lalu membawa pergi seekor kambing daripada kambing itu. Dan aku seorang lelaki dari kalangan Bani Adam, aku marah sepertimana mereka juga marah, lalu aku telah memukulnya. Kemudian aku telah datang kepada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dan baginda telah memandang berat hal itu ke atasku. Maka aku berkata: Wahai Rasulullah! Tidaklah aku membebaskannya? Baginda berkata: Datangkan dia kepadaku. Lalu aku mendatangkannya kepada baginda. Maka Rasulullah berkata kepadanya: Di manakah Allah? Dia berkata: Di langit. Baginda berkata Siapa Aku? Dia berkata: Kamu Rasulullah. Baginda berkata: Bebaskan dia, sesungguhnya dia seorang yang beriman" .

Mari kita lihat tafsiran para ulama’ Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah mengenai hadith ini.

Al-Imam al-Nawawi (W 676 H) di dalam kitabnya Syarah Sahih Muslim ketika menghuraikan makna hadith ini dengan berkata[2]:

"هَذَا الْحَدِيْثُ صِفَاتٌ, فِيْهَا مَذْهَبَانٌ تَقَدَّمَ ذِكْرُهُمَا مَرَّاتٍ فِيْ كِتَابِ الإِيْمَانِ, أَحَدَهُمَا: الإِيْمَانُ بِهِ, مِنْ غَيْرِ خَوْضٍ فِيْ مَعْنَاهُ, مَعَ اِعْتِقَادِ أَنَّ اللهَ تَعَالَى لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ, وَتَنْزِيْهِهِ عَنْ سِمَاتِ الْمَخْلُوْقَاتِ. وَالثَّانِيْ: تَأْوِيْلُهُ بِمَا يَلِيْقُ بِهِ. فَمَنْ قَالَ بِهَذَا قَالَ: كَانَ الْمُرَادُ اِمْتِحَانَهَا هَلْ هِيَ مَوَحِّدَةٌ, تَقِرُّ بِأَنَّ الْخَالِقَ الْمُدَبِّرَ, الْفَعَّالَ هُوَ اللهُ وَحْدَهُ, وَهُوَ الَّذِيْ إِذَا دَعَاهُ الدَّاعِيْ اِسْتَقْبَلَ السَّمَاءَ, كَمَا إِذَا صَلَّى الْمُصَلِّيْ اِسْتَقْبَلَ الْكَعْبَةَ, وَ لَيْسَ ذَلِكَ لأَنَّهُ مُنْحَصِرٌ فِي السَّمَاءِ كَمَا أَنَّهُ لَيْسَ مُنْحَصِرًا فِيْ جِهَةِ الْكَعْبَةِ".

Maksudnya:

"Hadith ini adalah daripada hadith-hadith sifat (mutasyabihat), dan padanya dua mazhab yang telah disebutkan mengenainya berulang kali di dalam kitab Al-Iman, salah satunya: Beriman dengannya, tanpa mendalami pada maknanya, berserta iktikad bahawa Allah ta`ala tidak menyerupai-Nya sesuatu dan menyucikan-Nya daripada sifat-sifat makhluk. Dan kedua: Mentakwilkannya dengan apa yang layak bagi-Nya. Dan barangsiapa yang berkata dengan pendapat ini mengatakan: Maksud baginda ialah hendak menguji hamba itu sama ada dia seorang yang beriman, yang mengaku bahawa Pencipta dan Pentadbir dan Pembuat adalah Allah semata-mata, yang mana Allah itu apabila orang berdoa kepada-Nya orang akan menghadap ke langit, sepertimana apabila seseorang bersolat dia akan menghadap ke Ka`bah. Dan ini bukan kerana Allah terbatas di langit, sepertimana juga Allah tidak terbatas pada arah Ka`bah" .

Dan al-Imam al-Nawawi telah menukilkan kata-kata Qadhi Iyadh (W 544 H) yang berbunyi[3]:

"لا خِلافَ بَيْنَ الْمُسْلِمِيْنَ قَاطِبَةً فَقِيْهُهُمْ, وَ مُحَدِّثُهُمْ, وَ مُتَكَلِّمُهُمْ, وَ نَظَّارُهُمْ, وَمُقَلِّدُهُمْ, أَنَّ الظَّوْاهِرَ الْوَارِدَةَ بِذِكْرِ اللهِ تَعَالَى فِي السَّمَاءِ كَقَوْلِهِ تَعَالَى: ((أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الأَرْضَ)) وَنَحْوُهُ لَيْسَتْ عَلَى ظَاهِرِهَا بَلْ مُتَأَوِّلَةٌ عِنْدَ جَمِيْعِهِمْ".

Maksudnya:

"Tiada khilaf antara kaum muslimin dari kalangan ahli fekah, ahli hadith, ahli kalam, ahli fikir dan ahli taklid, bahawa nas-nas yang zahirnya menyebut Allah ta`ala itu di langit seperti firman-Nya ((Adakah kamu beriman dengan yang dilangit, dia akan menggulung bumi bagi kamu)) dan nas-nas yang seumpamanya, maka ia tidak diambil mengikut zahirnya bahkan ianya tertakwil di sisi mereka semua[4]" .

Dapat dilihat pada kata-kata Qadi Iyadh di atas bahawa nas-nas yang zahirnya menyatakan bahawa Allah berada di langit tidak boleh di ambil secara zahir bahkan ianya mesti ditakwilkan. Berpegang dengan makna zahir pada nas-nas yang seumpama ini akan membawa kepada akidah tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk) dan ini adalah akidah kufur.

Imam Al-Hafiz Al-Karmani (786 H) juga menjelaskan tentang maksud “Allah fis sama”[5]:

قَوْلُهُ ( فِي السَّمَاءِ ( ظَاهِرُهُ غَيْرُ مُرَادِ ، إِذْ اللهُ مُنَزَّهٌ عَنِ الْحُلُوْلِ فِي الْمَكَانِ ، لَكِنْ لَمَّا كَانَتْ جِهَةُ الْعُلُوِّ أَشْرَفَ مِنْ غَيْرِهَا أَضَافَهَا إِلَيْهِ إِشْارَةٌ إِلَى عُلُوِّ الذَّاتِ وَالصِّفَاتِ

Maksudnya:

"Perkataan Allah "fis sama'" maka makna zahirnya bukanlah yang dimaksudkan oleh Allah ta`ala kerana Allah ta`ala tidak bertempat pada sebarang tempat, tetapi oleh kerana posisi di atas adalah posisi yang paling mulia berbanding posisi lain, maka Allah ta`ala menisbahkan posisi "atas" tersebut kepada Zat-Nya sebagai petunjuk terhadap ketinggian darjat zat dan sifatNya."

Al-Hafiz Ibn Furak salah seorang ulama’ Ahl al-Sunnah yang masyhur (W 406 H) ketika menghuraikan makna hadith ini dengan mengatakan[6]:

"إِنَّ مَعْنَىْ قَوْلِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ((أَيْنَ اللهُ)) اِسْتِعْلامُ مَنْزِلَتِهِ وَ قُدْرَةِ عِنْدَهَا وَ فِيْ قَلْبِهَا, وَأَشَارَتْ إِلَى السَّمَاءِ وَ دَلَّتْ بِإِشَارَتِهَا عَلَى أَنَّهُ فِي السَّمَاءِ عِنْدَهَا عَلَى قَوْلِ الْقَائِلِ: إِذَا أَرَادَ أَنْ يُخْبِرَ عَنْ رِفْعَةٍ وَ عُلُوِّ مَنْزِلَةِ فَلانٍ فِي السَّمَاءِ أَيْ هُوَ رَفِيْعُ الشَّأْنِ عَظِيْمُ الْمِقْدَارِ".

Maksudnya:

"Sesungguhnya makna kata-kata Nabi sallallahu`alaihi wasallam ((Di manakah Allah?)) ialah untuk mengetahui kedudukan dan kekuasaan Allah di dalam hati hamba perempuan itu. Dan hamba perempuan tersebut menunjuk kea rah langit kerana dia hendak menunjukkan bahawa Allah di langit dengan makna jika seseorang itu hendak memberitahu tentang ketinggian kedudukan seseorang, dia akan mengatakan bahawa si fulan di langit dengan maksud bahawa beliau tinggi keadaan dan agung kedudukannya[7]. Begitu juga kata-katanya bahawa Allah di langit itu adalah atas bentuk isyarat sahaja sebagai menunjukkan kedudukan Allah di sisinya dan pengetahuannya tentang Allah. Dan dia menunjukkan isyarat ke langit kerana dia seorang yang bisu. Maka dia menunjukkan dengan cara isyarat bagi mengungkapkan makna ketinggian kedudukan Allah. Jika demikian, maka tidak boleh dibawa makna hadith ini kepada hal yang memberi makna bahawa Allah itu bagi-Nya had, tasybih dan berada pada tempat" .

Di sini jelaslah kepada kita bahawa hadith jariah ini bukanlah hujah kepada golongan tertentu untuk mendakwa Allah itu mempunyai tempat. Maha Suci Allah daripada bertempat, Dia telah menciptakan tempat, maka mustahil Dia berhajat kepada makhluk yang diciptakan-Nya[8].

Imam Al-Qurthubi pula ada menyebut dalam kitab Al-Mufhim yang mensyarahkan lafaz-lafaz hadith dalam Sahih Muslim pada hadith Al-Jariyyah ini:

وَقَوْلُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلْجَارِيَةِ أَيْنَ اللهُ هَذَا السُّؤَالُ مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرَادَ أَنْ يُظْهَرَ مِنْهَا مَا يَدُلُّ عَلَى أَنَّهَا لَيْسَتْ مِمَّنْ يَعْبُدُ الأَصْنَامَ وَلا الْحِجَارَةَ الَّتِيْ فِيْ الأَرْضِ، فَأَجَابِتْ بِذَلِكَ وَكَأَنَّهَا قَالَتْ إِنَّ اللهَ لَيْسَ مِنْ جِنْسٍ مَا يَكُوْنُ فِي الأَرْضِ

وَأْيْنَ ظَرْفٌ يُسْأَلُ بِهِ عَنِ الْمَكَانِ كَمَا أَنَّ مَتَىْ ظَرْفٌ يُسْأَلُ بِهِ عَنِ الزَّمَانِ ...وَهُوَ لا يَصِحُّ إِطْلاقُهُ عَلَى اللهِ تَعَالَى بِالْحَقِيْقَةِ إِذْ اللهُ تَعَالَى مُنَـزَّهٌ عَنِ الْمَكَانِ كَمَا هُوَ مُنَـزَّهٌ عَنِ الزَّمَانِ بَلْ هُوَ خَالِقُ الزَّمَانِ وَالْمَكَانِ وَلَمْ يَـزَلْ مَوْجُوْدًا وَلا زَمَانَ وَلا مَكَانَ وَهُوَ الآنَ عَلَى مَا عَلَيْهِ كَانَ

Maksudnya:

"Adapun sabda Nabi sallallahu`alaihi wasallam kepada Al-Jariyyah tersebut dengan perkataan "Aina Allah?" merupakan soalan daripada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam yang mengkehendaki bukti daripada hamba perempuan tersebut samada dia bukan penyembah berhala mahupun penyembah batu yang di bumi. Maka hamba perempuan menjawab dengan jawapan tersebut seolah-olah cuba menjelaskan bahawasanya Allah bukanlah daripada jenis-jenis tuhan di bumi (yang disembah oleh musyrikin).

"Aina adalah perkataan yang ditanya dengan menggunakannya untuk mengetahui sesuatu tempat sebagaimana juga mata adalah perkataan yang ditanyakan untuk mengetahui masa… (Adapun pertanyaan dengan aina (di mana) tersebut) tidak boleh ditujukan kepada Allah secara hakikatnya kerana Allah ta`ala tidak bertempat sebagaimana Dia tidak diliputi oleh sebarang masa. Bahkan Dialah pencipta masa dan tempat sedangkan Dia wujud sejak azali tanpa bertempat dan tanpa diliputi oleh masa. Dia wujud kini sebagaimana Dia wujud sejak azali.

Imam Abu Al-'Abbas Ahmad Al-Qurtubi berkata juga lagi[9]:

هُوَ اللهُ لا أَيْنَ وَلا كَيْفَ عِنْدَهُ وَلا حَدَّ يَحْوِيْهِ وَلا حُصْرَ ذِيْ حَدِّ

Maksudnya:

"Dialah Allah, tanpa di mana dan tanpa tatacara bagi-Nya. Dia tidak dibatasi oleh sebarang batasan yang meliputi".

Al-Imam Husein bin Muhammad At-Tayyibi (743 H) ketika mengulas tentang hadith Al-Jariyyah ini berkata[10]:

لَمْ يُرِدْ - أَيْ الرَّسُوْلُ - السُّؤَالَ عَنْ مَكَانِهِ - أَيْ اللهِ - فَإِنَّهُ مُنَزَّهٌ عَنْهُ

Maksudnya:

"Tiada dikehendaki oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ketika bertanya tersebut untuk bertanya tentang tempat bagi Allah ta`ala kerana Maha Suci Allah ta`ala daripada bertempat…"

Imam Ibn Al-Jauzi ketika mengulas tentang hadith Al-Jariyyah ini menyebutkan[11]:

قُلْتُ قَدْ ثَبَتَ عِنْدَ الْعُلَمَاءِ أَنَّ اللهَ تَعَالَى لا تَحْوِيْهِ السَّمَاءُ وَالأَرْضُ وَ لا تَضَمُّهُ الأَ قْطَارُ، وَإِنَّمَا عُرِفَ بِإِشَارَاتِهَا تَعْظِيْمُ الْخَالِقِ عِنْدَهَا

Maksudnya:

"Telah tetap bagi ulama' bahawasanya Allah ta`ala tidak diliputi oleh langit mahupun bumi dan tidak terangkum dalam mana-mana tempat. Namun, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam mengetahui dengan isyarat hamba perempuan tersebut bahawa dia mengagungkan Maha Pencipta".

Imam Abu Bakr Ibn Al-Arabi pula berkata dalam syarh Sunan At-Tirmizi tentang hadith tersebut[12]:

وَالْمُرَادُ بِالسُّؤَالِ بِهَا عَنْهُ تَعَالَى الْمَكَانَةُ فَإِنَّ الْمَكَانَ يَسْتَحِيْلُ

Maksudnya:

"Yang dimaksudkan dengan soalan "Aina Allah" adalah bertanyakan kepada hamba perempuan tersebut tentang kedudukan Allah ta`ala bukan bertanya tentang tentang tempat bagi Allah ta`ala kerana tempat bagi Allah ta`ala adalah mustahil…".

Imam Muhammad bin Khalifah Al-Ubbi dalam syarah Muslim beliau (Al-Ikmal) mengulas hadith tersebut dengan berkata[13]:

وَقِيْلَ إِنَّمَا سَأَلَهَا بِأَيْنَ عَمَّا تَعْتَقِدُهُ مِنْ عَظَمَةِ اللهِ تَعَالَى، وَإِشَارَتُهَا إِلَى السَّمَاءِ إِخْبَارٌ عَنْ جَلالِهِ فِيْ نَفْسِهَا

Maksudnya:

"Dikatakan bahawasanya Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bertanya kepada hamba perempuan tersebut dengan soalan "aina" untuk bertanya tentang pegangan hamba tersebut tentangkeagungan Allah ta`ala, lalu hamba perempuan tersebut menunjukkan ke langit dalam menjelaskan keagungan Allah dalam dirinya (bukan mengenai tempat Allah)".

Imam Muhammad As-Sanusi Al-Hasani dalam Mukammil Ikmal turut mensyarahkan hadith Al-Jariyyahtersebut dengan makna takwilan iaitu keagungan Allah subhanahu wata`ala.

Imam Al-Baji ketika mensyarahkan hadith ini juga ada menyebut[14]:

لَعَلَّهَا تُرِيْدُ وَصَفَهُ بِالْعُلُوِّ وَبِذَلِكَ يُوْصِفُ كُلٌّ مِنْ شَأْنِهِ الْعُلُوَّ فَيُقَالُ فَلانٌ فِيْ السَّمَاءِ بِمَعْنَىْ عُلُوُّ حَالِهِ وَرْفِعَتُهِ وَشَرَفُهِ

Maksudnya:

"boleh jadi yang dimaksudkan oleh hamba perempuan tersebut adalah menyifatkan Allah dengan ketinggian, iaitu ketinggian keagunganNya, kerana dikatakan seseorang itu di langit dengan makna ketinggian keadaannya dan ketinggian darjat kemuliaannya".

Demikian sedikit sebanyak syarah kepada hadith Al-Jariyyah versi aina Allah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ini. Majoriti ulama' salaf dan khalaf iaitulah ulama' ahlus-sunnah wal jamaah memalingkanaina Allah daripada makna zahirnya yang membawa kepada kejisiman. Lebih jelas lagi, sebahagian besar daripada mereka (ulama' muktabar) membuat ulasan yang menafikan "sekeras-kerasnya" fahaman tajsim dan fahaman tuhan bertempat daripada hadith Al-Jariyyah ini, dengan memberi makna keagungan, ketinggian kedudukan Allah dan sebagainya.

Mereka mensyarahkan hadith Al-Jariyyah dengan makna keagungan dan sebagainya tanpa menetapkan makna zahir Allah di langit pada hadith Al-Jariyyah tersebut bukan berdasakan hawa nafsu mereka, sebagaimana dakwaan sebahagian mujassimah yang jahil lagi menyesatkan, tetapiberteraskan manhaj ilmiah yang sahih lagi mendalam.

Para ulama' hadith seperti Imam Al-Baihaqi, Imam Ibn Al-Jauzi, Imam An-Nawawi, Imam Az-Zahabi, Imam Al-Qurtubi, Imam Ibn Hajar Al-Asqollani dan sebagainya yang terlibat dalam menafikan makna zahir aina Allah daripada Allah ta`ala merupakan antara rujukan utama umat Islam dalam bidang hadith itu sendiri. Mereka tidak akan mengulas hadith Al-Jariyyah dengan hawa nafsu mereka, sebagaimana sangkaan golongan mujassimah sejak dahulu sehinggalah hari ini.

[1] Al-Imam al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim (1996), Dar al-Makrifah, Beirut Lubnan, c. 3. J. 5. h. 26

[2] Ibid. h. 27.

[3] Ibid. h. 27.

[4] Surah al-Mulk: 17.

[5] fath Al-Bari: 13/412

[6] Ibn Furak, Musykil al-Hadith Wa Bayanuhu (1985), `Alam al-Kutub, c. 2. h. 159-160.

[7] Perlu diingat bahawa ungkapan ini hanya sahih maknanya di dalam bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana jika seseorang yang berbangsa Melayu mengatakan si fulan di langit, maka tiada orang yang memahami dari kata-kata orang ini bahawa yang dimaksudkan ialah si fulan itu tinggi kedudukannya.

[8] Lihat juga kerangan yang diberikan oleh al-Syeikh Ismail Haqqi di dalam kitab tafsirnya Ruh al-Bayan mengenai hal ini, rujuk di juzuk 8, halaman 184.

[9] Tobaqot As-Syafi'iyyah: terjemah Abi Al-Hasan Al-Asy'ari 3/428

[10] syarh At-Tayyibi 'ala Misykat Al-Masobih 6/340

[11] Daf' Syubah At-Tasybih 189

[12] Syarh Sunan At-Tirmizi 11/273

[13] Ikmal Al-Mu'allim pada syarah hadith tersebut

[14] Rujuk kitab Al-Muntaqi.

No comments: