Syarat wali Allah

قَوْلُهُ عَلَى وَلِيٍّ مِنَ الاَوْلِيَاءِ) قَالَ الْيُوْسِى نَقْلاً عَنْ بَعْضِ الأَئِمَّةِ لا يَكُوْنُ الشَّخْصُ وَلِيًّا إِلاَّ بِشُرُوْطٍ أَرْبَعَةٍ الأَوَّلُ أَنْ يَكُوْنَ عَارِفًا بِأُصُوْلِ الدِّيْنِ حَتَّى يَفْرِقَ بَيْنَ الْخَالِقِ وَالْمَخْلُوْقِ وَ بَيْنَ النَّبِى وَالْمُتَنَبِّى أَىْ مُدَّعِى النُّبُوَّةِ الثَّانِى أَنْ يَكُوْنَ عَالِمًا بِأَحْكَامِ الشَّرِيْعَةِ نَقْلاً وَفَهْمًا بَحَيْثُ لَوْ أَذْهَبَ اللهُ عِلْمَ أَهْلِ الأَرْضِ لَوَجَدَ عِنْدَهُ، الثَّالِثُ أَنْ يَتَّصِفَ بِالْمَحْمُوْدِ مِنَ الأَوْصَافِ كَالْوَرَعِ وَالاِخْلاصِ فِىْ كُلِّ عَمَلٍ الرَّابِعُ أَنْ يُلاَزِمَ الْخَوْفَ أَبَدًا بِأَنْ لايَجِدُ طَمَأْ نِيْنَةً طَرْفَةَ عَيْنٍ إِذْ لا يَدْرِىْ أَهُوَ مِنْ فَرِيْقِ السَّعَادَةِ أَوْ مِنْ فَرِيْقِ الشَّقَاوَةِ".

Maksudnya:

"(Katanya ke atas wali daripada sekian para auliya’) telah berkata al-Yusi hal keadaan dia menaqal pendapat dari setengah para Imam, seseorg itu tidak dianggap wali melainkan setelah menepati 4 SYARAT:

Yang PERTAMA: bahawa adalah wali tersebut arif (`alim) berhubung perbahasan usuluddin sehingga dia mampu membezakan di antara khaliq dan makhluk dan di antara nabi dan mereka yang mendakwa sebagai nabi,

YANG KEDUA: bahawa adalah ia/wali alim berhubung hukum-hukum syariah dari sudut dalil dan kefahaman dengan sekira-kira jika Allah ta`ala melenyapkan ilmu para ahli bumi, nescaya didapati ilmu tersebut di sisi mereka/para wali,

YANG KETIGA: bahawa bersifat mereka itu dengan sekian sifat yang terpuji seperti warak dan ikhlas dalam melakukan setiap amalan,

YANG KEEMPAT: bahawa melazimi mereka itu akan khauf/takut pada Allah selama-lamanya dengan sekira-kira tidak mendapati mereka itu ketenangan (mengingati Allah) walau sekelip mata kerana tidak mengetahui mereka itu apakah mereka itu dari kalangan mereka yang sejahtera ataupun dari kalangan mereka yang celaka ".

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat