Syurga dan neraka kekal

Sebagaimana yang saya tahu Syurga dan Neraka itu kekal dengan izin Allah. Sama seperti kita yang akan kekal di Syurga atau di Neraka. Semua ini sebagai peringatan untuk manusia bahawa kehidupan yang abadi adalah di akhirat sana. Jadi perlunya kita betul2 beriman kepada perkara2 yang telah Allah gambarkan pada kita melalui wahyuNya iaitu al-Quran dan juga hadith Rasulullah saw.

Firman Allah SWT

"Peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir. Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya."
(Al-Baqarah 2:24-25)

Rasulullah saw telah berdoa dalam solat malam;

"Bagi Engkau segala puji, Engkau benar, janjiMu benar, perjumpaan denganMu benar dan kata-kataMu benar. Syurga itu benar dan neraka itu benar. Para nabi juga benar, Muhammad saw benar dan hari kiamat benar." (H.R Bukhari & Muslim)

Sabda Rasulullah saw;

"Sesiapa yang naik saksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah sahaja tiada sekutu bagiNya; dan bahawa Muhammad adalah hamba dan pesuruhNya, dan bahawa Isa adalah hamba Allah, pesuruhNya, kalimahNya yang dilemparkan kepada Maryam dan merupakan ruh daripadaNya, dan bahawa Syurga itu benar dan Neraka itu benar, pasti Allah kan memasukkannya ke dalam syurga (dalam satu riwayat: dari mana-mana lapan pintu yang dia sukai) tidak kira apa amalan silamnya."
(H.R Bukhari & Muslim)

Syurga dan neraka akan kekal selama-lamanya selagi mana Allah s.w.t menghendakiNya. Ini bersesuaian dengan firman-firman Allah yang menyatakan bahawa seseorang hambaNya yang Mukmin akan kekal selama-lamanya di dalam syurga dan hambaNya yang kafir akan kekal di dalam neraka selama-lamanya.

Sekiranya syurga dan neraka itu tidak kekal, maka dustalah firman Allah yang berbunyi

جَزَآؤُهُمۡ عِندَ رَبِّہِمۡ جَنَّـٰتُ عَدۡنٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَآ أَبَدً۬ا‌ۖ رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُ‌ۚ ذَٲلِكَ لِمَنۡ خَشِىَ رَبَّهُ ۥ

Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah Syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya. (8) [Surah Al-Bayyinah]


Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat