Hari Valentine:PAS dan DAP

Hari ini adalah hari valentine.Saban tahun umat Islam diperingatkan supaya tidak menyambut Hari kekasih ini atas dua sebab:

1)Sejarah Valentine-seorang Kristian dengan kisah cintanya.Valentine dianggap sebagai mati syahid bagi Kristian.Apabila kita mengingatinya kita mengagungkan dan mendewakan seorang penganut Kristian.

2)Hari Valentin membawa kepada seks bebas dan pergaulan terlarang di kalangan muda mudi.

Jadi sudah semestinya umat Islam menentang sambutan Hari Valentine.Syabas diucapkan kepada Dewan Pemuda PAS melalui ketuanya, Ustaz Nasruddin Tantawi yang nak membanteras amalan sambutan hari Valentin di kalangan muda mudi Islam.Langkah ini wajar disokong seluruh umat Islam tanpa mengira fahaman politik.

Tiba2 hasrat ini ditentang DAP yang merupakan sekutu PAS.Ingin ditegaskan di sini kita tidak melarang bukan Islam daripada menyambut sambutan begini.Itu lu punya pasal la.Tetapi bagi umat Islam haram menyambut hari Valentin kerana berkaitan dengan akidah.

DAP jangan campuri hal ehwal umat Islam.Cukuplah dengan isu negara Islam dan umat Islam bekerja di premis arak.Pemimpin DAP mestilah merujuk kepada pihak yang arif tentang hukum hakam Islam dalam PAS.Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng patut dijadikan contoh.Saya mendoakan pemimpin2 DAP seperti Lim Guan Eng dan lain2 diberi hidayah Islam.Ingatlah tanpa Islam kita hanya mendapat habuan dunia sahaja.Dengan Islam kita akan beroleh kenikmatan yang kekal abadi.

Kepada pimpinan Pemuda PAS di bawah Ustaz Nasruddin Tantawi, teruskan usaha dakwah kalian.Jangan peduli kepada celaan orang yang mencela kita dalam perjuangan Islam.

Comments

This comment has been removed by the author.
pembetulan.. kita bkn menentang maulidurasul tp valentine day.. mohon edit segera..
refah00 said…
Terima kasih Tuan 'Amilullah.Telah diperbetulkan.Kesalahan yang tak disengajakan.

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat