Wajib taqlid salah satu mazhab yang empat

Dalam kitab Tanwirul Qulub m/s 78 & 79 ada dinyatakan:

"Segolongan ulama mengambil perhatian dalam penulisan Fiqh berdasarkan Kitab dan Sunnah.Yang masyhur di antara mereka ialah Abu Hanifah, Malik, asy-Syafii dan Ahmad radhiyallahu ahhum.Semua mereka berada dalam petunjuk daripada Allah.Dan taqlid salah seorang daripada mereka adalah fardhu kerana firman Allah dalam surah an-Nahl:43 yang bermaksud:

" maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui".

Dan berdasarkan hadis:

ألا سألوا اذ لم يعلموا

"Hendaklah mereka bertanya apabila tidak tahu"

Dan tidak harus bertaqlid kepada selain mereka kerana telah berlaku ijmak.Ini kerana mazhab2 lain tidak ditulis sebagaimana mazhab yang empat tersebut.

Dan sesiapa yang tidak mahu bertaqlid kepada salah seorang di antara mereka dan mendakwa aku beramal dengan kitab dan sunnah kononnya memahami hukum2 kitab dan sunnah maka dakwaan tersebut tidak diterima bahkan dia salah, sesat lagi menyesatkan lebih2 lagi pada zaman sekarang(pengarang kitab tersebut wafat tahun 1332H) yang mana berleluasanya kefasikan dan banyaknya dakwa2 yang batil."

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat