Dr al-Buthi:Tawassul dan lain2 yang diingkari Wahabi

Berkata Dr Muhd Said Ramadhan al-Buthi dalam muqaddimah cetakan kedua kitab Fiqh Sirah:

Telah aku dapati dalam petunjuk Rasulullah SAW dan amalan para sahabat yang menjelaskan tanpa ragu2 lagi disyariatkan tawassul dengan Rasulullah SAW sama ada sewaktu baginda masih hidup mahupun setelah wafat.Maka aku tetapkan perkara demikian dan aku bentangkan dalil2 dan bukti2.

Dan aku dapati dalam sirah disyariatkan berdiri bagi memuliakan orang yang datang.Maka aku sebutkan dalilnya dan aku jelaskan apa yang disebut oleh ulama antara beza berdiri memuliakan tetamu yang baru datang dan berdiri kepada lelaki yang duduk dan apa yang diterangkan oleh sunnah dalam perkara tersebut.Kemudian aku tetapkan disyariatkan berdiri tersebut sekiranya menepati syarat2 yang diterangkan sunnah sohihah dan kaedah2 usul dan hukum2.

Dan aku dapati juga dalam sirah disyariatkan mungqadha solat sama ada tertingga kerana terlupa ataupun sengaja.Aku bawakan dalilnya dan aku menetapkan berdasarkan dalil.

Jikalau sekiranya aku dapati dalil2 yang menghukum selain daripada yang aku pegangi, sudah tentu aku akn sebutnya dan aku akan mengikuti apa yang terkandung dalam dalil tersebut.Tetapi aku tidak mampu dengan apa keadaan sekalipun untuk menutup mataku dan bertaqlid kepada segolongan manusia hari ini yang berpegang dengan menyalahi imam2 dan jumhur ulama sebagai mazhab yang baru.Hingga ada yang mencela ulama.Bahkan ada yang melaknat mereka.

Kami berlindung kepada Allah daripada bertukarnya perbahasan ilmiah kami menjadi asobiyah berlandaskan nafsu sebegini.

Aku suka demi Allah sekiranya golongan ini yang menyibukkan pemikiran manusia dan waktu mereka dengan pandangan2 dan ijtihad2 dalam perkara furu’ berpindah kepada perkara2 dan masalah2 lain yang lebih besar dan penting yang memerlukan kepada curahan pemikiran dan usaha yang besar dan bersungguh2 untuk menyelamatkan orang Islam daripada penyakit tersebut(seperti masalah murtad dan gejala sosial-penterjemah).Tetapi apa yang berlaku hairannya mereka tetap bebal dan berpura-pura jahil terhadap perkara dan masalah baru pada setiap zaman.Perbicaraan mereka untuk memuaskan nafsu supaya menimbulkan di kalangan manusia masalah2 yang bukan baharu tetapi telah berlaku khilaf sejak dahulu.Dan tidak ada faedah yang diharapkan daripada perbalahan masalah2 tersebut melainkan membangkitkan dendam dalam jiwa.

Lebih elok sekiranya golongan ini sekiranya mereka ikhlas kerana Allah supaya berpegang dengan pendapat yang diyakininya.Kemudian mereka membiarkan golongan lain berpegang apa yang mereka yakini daripada pandangan mazhab dan pendapat Imam2 lain.Berhentilah daripada berterusan mencuba memaksa manusia dengan berdebat dan mencela.Sesungguhnya jumhur muslimin sebelum ini bersepakat untuk berpegang dengan perkara2 qat’i dalam iktiqad dan amalan.Mereka bantu-membantu mengambil berat perkara qat’i.Apabila mereka berbicara dalam perkara ijtihad zonniyat mereka tidak kisah untuk berbeza pendapat dalam banyak perkara hingga timbul pelbagai mazhab tanpa ada suatu pihak memaksa menerima pendapatnya dan meninggalkan pendapat yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat