Pendapat Syekh Abd Ghani an-Nabulusi Tentang Wujud

Syekh Abd Ghani an-Nabulusi adalah seorang syekh sufi yang lahir dalam tahun 1050 Hijriyah bersamaan dengan 1641 Masehi dan meninggal dunia dalam tahun 1143 H bersamaan dengan 1731 M. Beliau member pandangannya tentang wujud seperti berikut: Alam semesta ini, tidak kira apa jenisnya, kategorinya, bentuknya, wataknya dan sebagainya lagi adalah terzahir menjadi wujud daripada al-‘adam(tak wujud) oleh Wujud Allah; bukan oleh wujud itu sendiri.(yakni Allah yang menciptakan).Wujud dilimpahkan kepada alam pada setiap ketika oleh Wujud Allah, bukan alam itu sendiri(maknanya salah guna istilah alam semulajadi). Wujud alam semesta yang terbit daripada limpahan wujud Allah pada setiap ketika adalah sebenarnya Wujud Allah(maknanya adanya ala mini dalil kewujudan Maha Pencipta – Allah). Tiada wujud yang lain(pada hakikatnya) selain daripada Wujud Allah. Setiap sesuatu dalam alam semesta ini jika dirujuk kepada dirinya sendiri adalah tiada mempunyai wujud sebenarnya kerana pad...