Hukum Berkahwin Dengan Wanita Hamil Hasil Zina


Soal: Perempuan yang bunting daripada zina itu adakah sah ia berkahwin dengan orang yang lain daripada lelaki yang ia berzina kerana ada orang yang menghukum perempuan yang bunting daripada zina tiada sah ia berkahwin dengan lelaki yang lain daripada lelaki yang berzina sebelum ia beranak?

Maka jawabnya: Orang yang menghukum tiada sah berkahwin perempuan yang bunting daripada zina dengan lelaki yang lain daripada yang ia berzina sebelum beranak itulah orang yang sesat.Barangkali ia belajar kepada syaitan suruh menghukum begitu.

Bermula yang sebenarnya perempuan yang berzina itu tidak ada iddah.Wallahi! Billahi! Tallahi! Perempuan yang berzina itu tidak ada iddahnya kerana iddah itu adakalanya dengan quru’ dan adakalanya dengan bulan dan adakalanya bunting dengan beranak.Maka manakala tidak ada iddah maka tidak dikira quru’ dan beranak.

Masalah- Perempuan yang bunting daripada zina apabila ia berkahwin sama ada berkahwin dengan lelaki yang berzina dengan dia atau dengan lelaki yang lain nescaya harus dan sah nikahnya.

Maka jika beranak perempuan itu selepas wati’ suaminya itu 6 bulan 2 lahzoh, maka anak itu dihukumkan anak suaminya itu.Walaupun masa bernikah dengan suaminya itu doktor suruh periksa ambil gambar dan teropong sudah ada anak dalam perut perempuan itu sudah 6 bulan mengandungnya.Maka syarak tidak pakai dengan lihatnya dengan teropong dan tangkap gambar.Walau begitu sekalipun tidak boleh dipakai kerana jadi buat binasa undang2 syarak yang sudah tetapnya.Maka tiada harus siapa2 pindanya iaitu sekurang2 6 bulan 2 lahzoh dan sebanyak2 lama bunting itu 4 tahun.

Maka barangsiapa berkahwin dengan perempuan yang sunyi daripada iddah tidak kira sama ada perempuan itu buncit perutnya atau tiada.Sama ada perempuan itu ada anak dalam perutnya atau tiada, nescaya sah berkahwinnya tatkala itu.Dan kemudian daripada ia wati’ akan dia 6 bulan 2 lahzoh maka beranak perempuan itu, maka hukumnya anak itu ialah anak suaminya.Dan jika beranak kurang daripada 6 bulan 2 lahzoh maka bukan anak suaminya.Hanya jadi anak tiri suaminya yang haram ia berkahwin dengan anak itu kerana ia sudah wati’ perempuan itu.Dan tiada batal wudhu’ ia bersentuh dengan anak itu.

Masalah- Jika berzina seorang perempuan dengan Zaid sahaja tiada berzina dengan orang yang lain sekali2, maka beranak perempuan itu daripada zina itu, maka harus dan sah Zaid yang bapa zina itu ia berkahwin dengan anaknya yang daripada zina itu serta makruh kerana mani daripada zina itu sia2 sahaja tiada dihormati.Maka tidak ada iddahnya dan tiada dibangsa anak itu kepada bapa zina.Semacam dengan binatang lembu kerbau jua, air maninya tidak ada harganya.Tidak dibangsa kepada bapanya.

Rujukan: Sullamu as-Sibyan susunan al-Allamah al-Haj Chik bin Ahmad al-Qadahi

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat