BERBEZA PANDANGAN ADALAH TABIAT MANUSIA

Allah Taala menciptakan manusia dengan pelbagai tabiat dan kebolehan.Setiap insan mempunyai syakhsiah, cara pemikiran dan tabiat yang tersendiri.Kerana itu, perbezaan pandangan sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan ia antara tabiat manusia.Allah Taala berfirman dalam surah Hud: ayat 118-119 yang bermaksud: “Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu.(Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus menerus berselisihan.Tetapi orang2 yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia.”

Antara faktor utama perbezaan pendapat di kalangan manusia adalah seperti berikut:

a)Tabiat dan Syakhsiah Manusia

Di kalangan manusia ada yang cenderung kepada pandangan yang tegas dan berhati2.Manakala ada pula yang cenderung kepada memudahkan.

b)Tabiat Alam dan Kehidupan

Tabiat alam berubah dan berbeza berdasarkan beberapa faktor.Antaranya ialah tempat, masa, adat, kepercayaan dan sebagainya.Tidak syak lagi bahawasanya perubahan uruf dan keadaan membawa kepada perbezaan pendapat dan pandangan.

c)Perbezaan Persepsi dan Akal

Ada di kalangan manusia yang pemikirannya dapat menjangkau perkara yang sukar dan mudah memahami hakikat sesuatu perkara.Ada pula mereka yang berfikiran sempit dan tidak memahami sesuatu kecuali yang zahir(tersurat).

d)Kesamaran Sesuatu Perkara

Setiap individu menilai sesuatu menurut apa yang ia melihatnya atau apa yang mapu difikirkannya.Apabila sesuatu perkara bertambah sulit, maka semakin banyak perselisihan pendapat berlaku.

Selagi mana manusia berbeza dari segi tabiat, sifat dan sikap psikologi, oemahaman, cara hidup dan kebudayaan, selagi itulah pasti perselisihan dalam menghukum sesuatu.Kebanyakan perselisihan tersebut berlaku dalam bidang Feqh, politik, perlakuan harian, adat dan sebagainya.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat