Solat istikharah

Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, al-Hakim, Abu Ya’la, Ibnu Hibban, al-Bazzar-dengan sanad yang jayyid-, at-Tirmizi, dari hadis Saad b Abi Waqas ra daripada Rasulullah SAW : “Antara kebahagiaan anak Adam ialah minta istikharah dengan Allah, dan antara kebahagiaan anak Adam redha dengan ketentuan Allah, dan antara kecelakaan anak Adam meninggalkan istikharah kepada Allah dan antara kecelakaan anak Adam ialah benci dengan ketentuan Allah.”

Solat istikharah adalah sunat di sisi Jumhur dan menggabungkan antara istikharah kepada Allah dan mesyuarat dengan manusia adalah sunnah.Berkata Qatadah: “Tidaklah bermesyuarat suatu kaum yang inginkan ridha Allah kecuali diberi hidayah kepada jalan yang paling baik”.

Kaifiat solat istikharah:
Dibaca selepas al-Fatihah dalam kedua-dua rakaat surah yang dikehendaki.Sebahagian ulama memilih untuk dibaca surah Yasin, separuh di rakaat pertama dan separuh lagi di rakaat kedua.Sebahagian ulama memilih surah al-Kafirun dan surah al-Ikhlas.Syeikh Ibrahim al-Khalil binAli asy-Syazuli memilih ayat kursi dan penghujung surah al-Baqarah.Sebahadian ulama memilih surah al-Qasas ayat 68-69 pada rakaat pertama dan surah al-ahzab ayat 36 pada rakaat kedua.

Sebahagian ulama mengatakan elok dilakukan sebelum tidur dan sekiranya didatangi mimpi yang benar(tidur dalam berwuduk) maka ianya sebahagian daripada tanda nubuwaah kepada umat.

Kemudian baca doa yng masyhur melalui hadis.Dan harus mengulang-ulang doa.Sesungguhnya Nabi SAW suka mengulangi doa hingga 3 kali.Setelah rasa tenang dengan keputusan redhalah dengan ketentuan Allah.Para masyayikh menganjurkan kita mengamalkan hingga 3 malam atau 7 malam berturut-turut.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat