Wednesday, February 3, 2010

Allah

Erti Allah itu zat wajibul wujud yang bersifat kamalat(sempurna) Maha Suci daripada sifat naqais(kekurangan).Ulama berselisih pendapat sama ada Allah itu Jamid atau Musytaq.

Mengikut pendapat yang sohih di sisi kebanyakan ulama Allah adalah kalimah Arab yang jamid dan bukannya musytaq.

Manakala di sisi az-Zamakhsyari Ia adalah isim jinsin yang menjadi kata nama yang berasal daripada perkataan aliha(alif-lam-ha).Ilah bermaksud yang disembah samaada yang disembah dengan haq mahupun batil.Kemudian digunakan dalam syarak kepada yang disembah dengan benar yakni Zat Wajibul wujud.

Dalam syarah alManawi ke atas Jami' as-Soghir Allah adalah musytaq daripada aliha atau walaha(wa-lam-ha) atau laha(lam-alif-ha)

2 comments:

Zakir Lazarus said...

salam tuan yang mulia lagi hancem...,

kalau ulama pun berselisih pendapat apatah lagi aku yang fakir ni pasti tergelincir....

maksud Jamid atau Musytaq pun aku tak tau... tak terlintas pun untuk tahu... jadi sat lagi balik umah nak belek pulak kamus bahasa arab... terkadang-kadang aliran darah yang tidak dipenuhi zikrullah dan selawat tak cukup kuota menyebabkan amarah(nafs) merangsang manjadikan diri aku menjadi berani babi... aku tak tahu pun apa yang aku lalui namanya jalan kerohanian kerana bak kata orang setiap jalan ada tanda namanya... tapi bagi aku, aku bjalan bagaikan si buta dengan bertongkat yang di makan anai-anai...jadi berharap ada yang benar-benar memimpin si fakir yang zalim ini sebelum tongkat itu rapuh dan rebah... aku tak ada guru mursyid, aku tak ada join mana-mana tarikat mungkin belum jodoh aku lagi apatah lagi aku pun tak berjodoh lagi hu hu hu. hobi aku memerhati alam dan pikior dari situ terdapat kepuasan yang mana rupernyer di jadikan alam ini tidak ler sesia belaka melainkan ada rahsia tersembunyi...bila tengok alam jadi perasaan ahhhh sedap, perasaan hiba hisk hisk hisk, perasaan libang libu hish ,hish hish. perasaan terpaku jadi rupa terkesima, perasaan, perasaan, perasaan,perasaan hingga terperasan diri. nauzubillah. harap tuan dapat membimbing hamba kerana hamba datang mencari tuan... aku datang mencari guru bukan menyelak buku. aku datang bertamu sahabat bukan bertandang rembat... aku berhobi mencela diri.... mintak ampun mintak maaf kalu aku sesat tolong pimpinkan aku yang lemah lumpuh.

entahlah bab nama khas allah ni ikutlah kesesuaian kata ulamak atau mufti yang arif tapi lagi baik tanya guru hakikat yang mursyid(klu ado) kalau refer kata hakim(quran) syurga itu bahasanya arab jadi sebelum turunya nabi adam dah ado dah syurga. Pastilah guna pakai prosa kata arab. ok dipendek cerito tatkala allah menghidupkan adam a.s sebelum adam terbersin adam kagum melihat fizikalnya lalu berkatalah adam a.s ALLAHuakbar lalu adam terbersin maka secara spontaneous adam a.s berkata(tasbih) alhamdulillah....

perdebatan-perdebatan itu adalah pintu bahaya yang halus yang mana tukang sorak itu adalah syaitan... mintak2 kita dilindungiNya dari hanyut amarah

refah00 said...

Tak perlulah kita fikir Allah berasal dari perkataan apa jika bukan ahli.Serahkan kepada ulama.Apa yang lebih penting setakat mana kita berusaha untuk mengenal Allah dan mengabdikan diri kepadaNya.

Saya lihat Tuan Zakir telah berada di landasan yang betul.Cuma perlukan seorang guru yang mursyid atau murabbi.Saya bukan ahlinya. Buatlah istikharah.Tuan akan bertemu jalanNya dengan izin Allah.Ilahi Anta Maqsudi wa RidhaKa Matlubi.