Posts

Showing posts from 2025

Wujudnya Allah Tidak Memerlukan Tempat Tertentu

Image
Tulisan ni sebagai respond video yang lama diulang Kembali – mungkin bertujuan melaga-lagakan orang Islam di Malaysia berkenaan “Allah Wujud Bila Makan”. Artikel ni agak panjang sikit la…..harap sabar membaca. واعلم أن صفات المعاني من حيث التعلق وعدمه، ومن حيث عموم التعلق الواجبات والجائزات والمستحيلات وخصوصه بالممكنات أو الموجودات أقسام أربعة: الأول: ما يتعلق بالممكنات وهو القدرة والإرادة، لكن تعلق الأولى تعلق إيجاد وإعدام، وتعلق الثاني تعلق تخصيص. والثاني: ما يتعلق بالواجبات والجائزات والمستحيلات وهو العلم والكلام، لكن تعلق الأول تعلق انكشاف، وتعلق الثاني تعلق دلالة. والثالث: ما يتعلق بالموجودات وهو السمع والبصر والإدراك إن قيل به. والرابع: ما لا يتعلق بشيء وهو الحياة، وقد ذكرها المصنف على هذا الترتيب كما ستراه، ومعرفة التعلقات غير واجبة على المكلف لأنها من غوامض علم الكلام كما نقله الشيخ البراوي عن سيدي محمد الصغير وذكره الشيخ الشنواني. Ibarat di atas saya kutip drpd kitab "Tuhfatul Murid" - yang ada dlm naskhah saya ditahqiq oleh Dr Ali Jumuah - cetakan pertama 2002 masih...

Kelebihan Surah al-Mulk

Image
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَنَّهُ قَالَ: " إِنَّ سُورَةً مِنَ الْقُرْآنِ، ثَلَاثُونَ آيَةً، شَفَعَتْ لِرَجُلٍ حَتَّى غُفِرَ لَهُ، وَهِيَ: {تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ} – رواه أحمد وابن حبان والترمذي وقال حديث حسن Ertinya: Hazrat Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Ada satu surah dalam al-Quran yang terdiri daripada 30 ayat yang akan memberi syafaat kepada seseorang (pembacanya), sehinggalah dia diampunkan. Surah itu adalah surah Tabarak al-Lazi.” (HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Tirmizi) Keterangan Tentang surah Tabarak al-Lazi juga ada satu Riwayat yang menyatakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada dalam setiap hati orang yang beriman.” Mengikut satu hadis lagi, seseorang yang membaca surah Tabarak al-Lazi dan Alif Lam Mim Sajdah antara solat Maghrib dan Isyak adalah seperti seseorang yang beribadat sepanjang malam Lailatul ...

Memecahkan Dua Syahwat

Image
Bab pada menerangkan tentang memecahkan dua syahwat: iaitu syahwat perut dan syahwat faraj. Penghancur terbesar bagi anak Adam ialah syahwat perut. Dengannya dikeluarkan Nabi Adam dan Hawa عليهما السلام daripada syurga ke tempat penuh penderitaan dan kehinaan di dunia. Kedua ibu bap akita tersebut dilarang daripada memakan sepohon pokok. Namun kerana syahwat dan waswas sang iblis, mereka berdua makan daripada pohon tersebut lalu tersingkap aurat mereka dan dikeluarkan daripada tempat penuh kemuliaan dan kenikmatan, yakni syurga. Kisah ini masyhur dalam al-Quran. Perut hakikatnya adalah punca segala syahwat dan kebinasaan. Di situlah punca lahirnya syahwat faraj dan keinginan seksual. Kemudian diikuti keinginan untuk mendapatkan kemegahan dan harta yang merupakan wasilah untuk bersedap-sedap dengan syahwat nikah dan makanan (faraj dan perut). Daripada tabiat memperbanyakkan mengumpul harta dan kemegahan, timbul pelbagai macam kerosakan lagi umpama riya’, bangga, takabbur. Hingga me...

Kelebihan Surah Yaasin

Image
  عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي رَبَاحٍ، قَالَ: بَلَغَنِي أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَنْ قَرَأَ يس فِي صَدْرِ النَّهَارِ، قُضِيَتْ حَوَائِجُهُ» - رواه الدارمي Ertinya: Hazrat Ata’ bin Abi Rabah r.h berkata, “Telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Yaasin pada permulaan hari, maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” (HR Imam Darimi) Keterangan Di antara kelebihan surah Yaasin juga banyak disebutkan dalam hadis-hadis. Adalah diriwayatkan dalam sebuah hadis: "لِكُلِّ شَيْءٍ قَلْبٌ، وَإِنَّ قَلْبَ الْقُرْآنِ يس مَنْ قَرَأَ يس كَتَبَ اللهُ لَهُ بِقِرَاءَتِهَا قِرَاءَةَ الْقُرْآنِ عَشْرَ مَرَّاتٍ" – رواه البيهقي في شعب الإيمان Ertinya: “Segala sesuatu mempunyai hati dan hati bagi al-Quran ialah surah Yaasin. Sesiapa membaca surah Yaasin, Allah Taala akan menulis pahala baginya seumpama dia membaca seluruh al-Quran sebanyak sepuluh kali.” (HR al-Baihaqi) Menurut sebuah hadi...

Derma Jihad???

Image
  Kali ni ambo nak cerita sikit pasal YB Masturo (maaf terpaksa sebut nama). Beliau baru-baru ni kena bayar banyak jugak tu kepada ahli politik lain sebab mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah. Lalu dilancarkan “Derma Jihad” untuk membantu beliau bayar. Alkisahnya, ada sorang tokoh dalam sebuah organisasi yang mempertahankan “fatwa” derma jihad tu – siap dengan dalil. Jadi di sini ambo nak kritik dua perkara. Pertama: konsep “derma jihad” tu. Kedua: Dalil yang digunakan untuk melancarkan “derma jihad” tersebut. Baik, pertama konsep “derma jihad” untuk membantu YB yang kalah kes fitnah. Sesuaikah digunakan perkataan “derma jihad” untuk bantu orang yang fitnah ni? Tokoh tersebut mengatakan mungkin Masturo bersalah dalam isu ni!!! Dalam keadaan tak yakin YB tersebut berada di pihak benar ataupun salah, bagaimanakah tokoh tersebut boleh mempertahankan konsep “derma jihad”? Bukankah kita diwajibkan berlaku adil walaupun terhadap “musuh politik”, hatta kepada orang yang bukan Islam seka...

Alat Ilmu Ada Empat

Image
  Kata Syeikh Ahmad Zarruq رضي الله عنه وأرضاه :- Alat ilmu ada empat: Pertama:- شيخ فتاح – Guru yang membuka jalan ilmu kepada murid. Kedua:- عقل رجًاح – Akal yang cerdas. Ketiga:- كتب صحاح – Kitab/buku yang sohih. Keempat:- مداومة وإلحاح – Istiqamah dalam memperbanyakkan ilmu. Huraian Pertama: Seorang guru khususnya dalam bidang agama mestilah di kalangan yang berkelayakan dalam seni ilmu tersebut dan telah mengambil ilmu dengan para ulama pada zamannya. Guru sebegini akan memberi kefahaman, pengajaran dan menunjuk adab yang baik kepada para murid serta dapat menjelaskan ibarat kitab dengan betul. Agama ini sampai kepada kita daripada generasi ke generasi melalui para ulama, dan bukannya hanya melalui buku dan YouTube dan seumpama dengannya semata-mata tanpa bimbingan daripada guru yang mahir. Setelah ada asas yang kukuh, barulah boleh melakukan rujukan tambahan semahu dan sedaya kita. Namun mestilah mengikuti manhaj, tertib, tadabbur, niat yang suci dan jangan lu...