Wujudnya Allah Tidak Memerlukan Tempat Tertentu


Tulisan ni sebagai respond video yang lama diulang Kembali – mungkin bertujuan melaga-lagakan orang Islam di Malaysia berkenaan “Allah Wujud Bila Makan”. Artikel ni agak panjang sikit la…..harap sabar membaca.


واعلم أن صفات المعاني من حيث التعلق وعدمه، ومن حيث عموم التعلق الواجبات والجائزات والمستحيلات وخصوصه بالممكنات أو الموجودات أقسام أربعة:
الأول: ما يتعلق بالممكنات وهو القدرة والإرادة، لكن تعلق الأولى تعلق إيجاد وإعدام، وتعلق الثاني تعلق تخصيص.
والثاني: ما يتعلق بالواجبات والجائزات والمستحيلات وهو العلم والكلام، لكن تعلق الأول تعلق انكشاف، وتعلق الثاني تعلق دلالة.
والثالث: ما يتعلق بالموجودات وهو السمع والبصر والإدراك إن قيل به.
والرابع: ما لا يتعلق بشيء وهو الحياة، وقد ذكرها المصنف على هذا الترتيب كما ستراه، ومعرفة التعلقات غير واجبة على المكلف لأنها من غوامض علم الكلام كما نقله الشيخ البراوي عن سيدي محمد الصغير وذكره الشيخ الشنواني.

Ibarat di atas saya kutip drpd kitab "Tuhfatul Murid" - yang ada dlm naskhah saya ditahqiq oleh Dr Ali Jumuah - cetakan pertama 2002 masihi terbitan Darus Salam m/s 142.

Antara kesimpulan kita boleh buat daripada ibarat ni:

1- Qudrat Iradat Tuhan ta'alluq dengan mumkinat, iaitu jaizat. Jadi tak boleh kita kata Tuhan dengan Qudrat IradatNya boleh istiwa' atas arasy dengan makna duduk, sebab perkara tersebut adalah mustahil pada hukum akal.

2- Sifat sama' dan basar ta'alluq dengan maujudat, sama ada yang wajib mahupun yang jaiz. Bermakna Tuhan dengan sifat sama' ta'alluq sifat ni mendengar doa kita misalnya. Begitu jugak sifat ni ta'alluq dengan Zat Allah Taala dan SifatNya....faham yer...kalau tak faham kena cari Tok Guru ngaji.....paling kurang kitab taqrib ikhwan pun jadi la. Jangan dok baca sendiri kitab tauhid tebal² lepas tu buat kesimpulan sendiri. Asasnya kena berguru dulu.

3- Benda² perbahasan ta'alluq ni bukan wajib fardhu ain. Tengok ibarat kitab:
ومعرفة التعلقات غير واجبة على المكلف لأنها من غوامض علم الكلام كما نقله الشيخ البراوي.

Di bawah ini adalah Syarah “Qawaidul Aqaid” Imam Ghazali, yakni dalam kitab Ihya’ yang diterjemahkan oleh Syeikh Abdul Somad Palembang dan dihurai oleh Baba Ghazali Ahmad al-Fatony:

“Maka sayugianya kita ajari kanak-kanak itu akan aktiqad yang tersebut di dalam bab ini iaitu yang hamba terjemahkan daripada Aqidah Imam Hujjatul Islam al-Ghazali rahimahullah Taala hingga menghafazkan kanak-kanak itu akan dia mengulang-ulangi akan dia hingga faham ia akan dia.

Kemudian daripada itu akan sesuatu kemudian (yakni satu persatu) daripada sesuatu hingga tetap iktiqadnya itu di dalam hatinya dan demikian itu tiada berkehendak kepada dalil dan Burhan.

Dan jangan kita ajari kanak-kanak akan ilmu Usuluddin yakni Ilmu Iktiqad yang membanyakkan akan perkataan dalil dan Burhan daripada soal dan jawab seperti yang kebanyakan dilalukan (yakni dilakukan) oleh orang yang di bawah angin yang tiada mengambil daripada guru yang baik MELAINKAN jikalau sangat hajat kepadanya seperti ada ia syak akan iktiqadnya itu dan tiada hilang syaknya itu melainkan dengan belajar dalil dan Burhan atau sangat berkehendak menolakkan iktiqad orang yang bidaah.”

Hingga kepada ibarat kitab tersebut… “Maka ketika itu wajib atas seorang yang di dalam negeri itu menolakkan akan iktiqad yang syubhah itu dan wajib menolakkan akan iktiqad bidaah itu tetapi wajib yang demikian itu atas fardhu kifayah.

Dan memadailah ia di dalam negeri itu satu alim yang menolakkan akan syubhah itu dan menolakkan iktiqad orang yang bidaah itu kerana yang demikian itu sekira-kira hajat jua, Wallahu a’lam”… tamat ibarat kitab.

Berdasarkan dua ibarat kitab di atas ambo buat ulasan sikit, kalau salah hara pada asatizah tolong tegur. Berdasarkan ibarat kitab pertama – Tuhfatul Murid - kita orang awam ni tak payah pening² pikiaq dan termakan dakyah pihak tertentu yang kita bukan ahli Sunnah wal Jamaah kalau tak tau benda- benda ta’alluq ni. Cukup tau asas ilmu sifat 20. Biaq ahli yg pakar bidang ni jawab masalah yang ditimbulkan oleh mereka yang berlagak pakar.

Begitu juga berdasarkan ibarat kitab Aqidah Imam Ghazali, kita cukup ajar kepada kanak-kanak (termasuk orang awam) hafaz Sifat 20 dengan dalil ijmali. Kami orang awam ni banyak dosa, amalan pulak kurang. Kalau asyik sangat dengan teori, bila nak beramal. Jadi ambo setuju sangat la dengan saranan orang awam cukup hafaz sifat 20 dengan dalil ijmali saja. Malah ia lebih selamat.

Namun harus diingat dan baca Aqidah Imam Ghazali bagi perabih. Kalau ada fitnah macam golongan bidaah Wahabi zaman la yang kata Tuhan dok atas arasy, maka perlunya ada pakar dalam bidang Usuluddin yang nak bagi penerangan kat orang awam dan kepak kepala Wahabi ni, yang sesetengahnya sembunyi atas nama agama dan politik. Alhamdulillah ramai Asatizah ASWJ – Asyairah – khususnya di tanah air yang bangkit.

Namun untuk mengatakan bahawa kalimah الله وجود بلا مكان yang membawa maksud “Allah wujud tidak bertempat” sebagai satu istilah Baharu khususnya di Nusantara perlu diperhatikan semula. Ini kerana di pondok-pondok Nusantara sudah masyhur dengan ilmu Maqulat yang antaranya membawa kefahaman Tuhan tak sama dengan lawazim al-Hawadis, antaranya bertempat. Maka membawa natijah wujudnya Tuhan tidak memerlukan tempat dan ianya adalah makruf di sisi Ahli Ilmu.

Untuk menjelaskan lagi, dalam matan Tohawiyah dinyatakan seperti berikut:

وَتَعَالَى عَنِ الْحُدُودِ وَالْغَايَاتِ وَالْأَرْكَانِ وَالْأَعْضَاءِ وَالْأَدَوَاتِ لا تحويه الجهات الست كسائر المبتدعات

Sesiapa yang faham Bahasa Arab sudah jelas pengarang matan ini bertujuan menolak pandangan Mujassimah yang antaranya mengatakan Tuhan bertempat – ikut mereka Tuhan berada arah atas – Maha Suci Allah daripada bersifat sedemikian. Pengarang matan ini, Imam Abu Jakfar at-Tohawy adalah ulama besar Mazhab Hanafi yang wafat pada tahun 321 Hijrah. Nah, mana benarnya dakwaan mengatakan “Tuhan Tidak Bertempat” sebagai satu istilah Baharu??!!

Ditulis oleh,
Mohd Amir bin Md Azmi Al-Asy’ari Asy-Syafii,
Sungai Petani,
3/6/2025 – 12.04am

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat