Kenapa Ambo Hantam Wahabi


May be ada yg akan kata kat saya - sakan no la ni hantam org nu hantam org ni - bila akhir² ni saya byk kritik manhaj wahabi dan mereka yg pro wahabi. Saya nak jawab agak panjang sikit berdasarkan kritikan sorang ulama Hadis tersohor, Syeikh Abdullah al-Ghumari Terhadap tokoh Hadis Wahabi, al-Albani. Harap baca sampai habis. Bila saya sebut Syeikh, ia merujuk kpd Syeikh Abdullah al-Ghumari.

Syeikh membawakan kalam Imam Abu Ali ad-Daqqaq:

الساكت عن الحق شيطان أخرس
Sudah tentu kita tak mau jadi syaitan bisu dgn alasan wala' dll.
Syeikh menyatakan bahawa memperingatkan golongan sesat lagi menyeleweng drpd syariat Allah, yg mendustakan Quran & Hadis adalah satu kewajipan yg tak patut dicuaikan. Jika org yg "sakau" dlm urusan dunia umat Islam kita beri peringatan, maka lebih utama org yg menipu kaum Muslimin dgn menyebarkan aqidah yg rosak dan fatwa² yg menyeleweng, yg berdusta atas nama ulama, huffaz dan mujtahidin, yg melanggar Ijmak, yg mengharamkan yg halal dan menghalalkan yg haram.
Kemudian Syeikh menceritakan ttg al-Albani seperti berikut: Albani pd mulanya dok dlm sebuah bilik di sebuah Maktabah@perpustakaan di Damsyiq dgn membaca dan mentelaah. Lalu beliau menyangka dirinya dah jadi ulama Dan mula berfatwa. Beliau mendhoifkan dan mensohihkan Hadis ikut Hawa nafsu saja. Malah menghentam ulama muktabar.
Namun, isnad beliau maqtu' (tak bersambung), hanya kembali kpd kitab² yg beliau belek sorang diri tanpa talaqi dgn guru. Dlm masa yg sama beliau mendakwa dirinya sbg Khalifah kpd Syeikh Badruddin al-Hasani yg mana tasbih tak pernah lekang drpd tangan hatta sewaktu mengajar. Albani ni pulak membidaahkan org yg guna tasbih!!!
Kemudian Albani mendakwa beliau adalah "Muhaddis Dunya". Ulama² Hadis Damsyiq yg sezaman dgn Albani menyaksikan bahawa Albani tak menghafaz matan² Hadis, apatah lagi dgn sanad²nya. Apa yg dilakukan oleh Albani hanyalah belek hadis² tertentu dr aspek "rijal Isnad" Hadis tersebut dlm kitab² "Jarah dan Ta'dil". Berdasarkan itu saja, beliau menghukum sesuatu Hadis sbg Sohih atau Dhoif, padahal beliau jahil bahawa ada bagi Hadis tu Turuq, Syawahid dan Mutaba'at. Beliau lupa bahawa hanya ulama yg mencapai taraf "al-Hafiz" saja yg boleh menentukan sesuatu Hadis sbg Sohih atau Dhoif sebagaimana disebut oleh Imam Suyuti:

وخذه حيث حافظ عليه نص ## أو من مصنف بجمعه يخص

Cukup la sekadar sini saja dulu jika ada yg tanya sebab pa sakan sangat hantam wahabi @ Salafi Jadian ni.

والله أعلم بالصواب

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Penjelasan tentang Asya'irah