Hukum Pindahkan Zakat ke Negeri Lain
Dalam mazhab Syafii, qaul muktamad kata tak boleh pindah zakat ke negeri lain berdasarkan hadis yang dipesan oleh Baginda صلى الله عليه وسلم ketika menghantar Sayyidina Muaz ke Yaman:
«أعلمهم أن عليهم صدقة تؤخذ من أغنيائهم، وترد في فقرائهم»
Baik kita ambik dalam mazhab Hanbali pulak berdasarkan kitab al-Mughni Ibnu Qudamah:
Daripada ibarat ni kita tau tak harus pindahkan zakat ke tempat yang lebih 2 marhalah, iaitu jarak boleh buat solat qasar.
Dalam kitab yang sama dalam masalah ni dinyatakan:
وَرُوِيَ عَنْ الْحَسَنِ وَالنَّخَعِيِّ أَنَّهُمَا كَرِهَا نَقْلَ الزَّكَاةِ مِنْ بَلَدٍ إلَى بَلَدٍ، إلَّا لِذِي قَرَابَةٍ.
Dapat difaham kata MAKRUH memindahkan zakat ke negeri lain, kecuali jika dibayar kepada orang yang mempunyai hubungan KERABAT dengan kita.
Jadi, walaupun sah zakat tersebut namun makruh melainkan dibayar kepada adik-beradik kita. Jadi buat apa kita buat benda yang makruh. Maka bayarlah di negeri masing-masing kecuali jika kita nak bayar kepada suku-sakat kita.
والله أعلم بالصواب
Comments