Sayyidina Umar b al-Khattab

Sayyidina Umar bin al-Khattab merupakan khalifah kedua.Beliau Masuk Islam ketika beumur 26 tahun.Digelar sebagai Abu Hafs ( bapa singa ).Keturunan Bani ‘Ady. Ibunya keturunan Bani Makhzum.Digelar Abu Hafs oleh Nabi SAW selepas Perang Badar.Anak beliau menceritakan Sayyidina Umar berkulit putih, tinggi, kepala tidak berambut.Dia pakai cincin sebelah kiri.Beliau bekerja menggunakan kedua2 belah tangannya.Akhir riwayatnya ditikam mati oleh seorang Majusi.

Sifat Sayyidina Umar dalam kitab Taurat:-Seorang pemerintah yang tegas.Lalu Sayyidina Umar memuji Allah apabila diberitahu pendeta Yahudi.Adakah patut seorang sahabat mulia yang diceritakan Allah dalam kitab terdahulu dikatakan kafir oleh puak Syiah???Subhanallah, satu pembohongan yang nyata.

Suatu ketika beliau sedang membaca khutbah beliau menjerit: “Wahai Sariah, ke bukit kamu!!!Ke bukit kamu!!!” Apabila Sariah balik dari medan perang beliau mengaku mendengar arahan Sayyidina Umar.Arahan online!!! Subhanallah….

Nabi pernah berdoa: “Ya Allah, pilihlah antara Abu Jahal atau Umar al-Khattab, siapakah yang lebih Engkau kasihi”… Akhirnya Allah pilih Sayyidina Umar untuk menerima hidayah Islam.Padahal sebelum ini Sayyidina Umar sangat kuat menentang Islam.Jadi selaku pendakwah kita perlu bermuhasabah pernahkah kita memohon hidayah kepada orang lain.Hakikat yang berlaku walaupun berlaku salah faham tentang politik sanggup mendoakan kecelakaan sesama Islam.Alangkah mulianya akhlak Rasulullah SAW….Ya Allah, perbaikilah akhlak kami.

Siapa yang kata orang lain kafir tapi beliau tidak tuduhan itu kembali kepada dirinya.Itu kalau orang biasa.Bagaimana kalau sahabat baik Nabi SAW dan bapa mertuanya???Siapa yang kata Sayyidina Umar kafir, dia 10000 kali lebih kafir.Sedangkan Rasulullah SAW mendoakan hidayah kepada kaumnya, kenapa kita doa supaya perlingkup dan jahannam sesama orang Islam?Malah ada yang sampai berani mengkafirkan sahabat-sahabat besar.Bukankah elok kita mendoakan saudara2 kita yang Islam supaya teguh dengan Islam dan mendoakan mereka yang bukan Islam mendapat hidayah???

Sampai hati puak Syiah kata sahabat besar seperti Sayyidina Umar sebagai murtad.Jauhilah fahaman Syiah.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat