Sayyidatina Aisyah radhiyallahu anha

Sayyidatina Aisyah merupakan puteri Sayyidina Abu Bakar yang berkahwin dengan Nabi.Bapanya mengikut ajaran Nabi Ibrahim – tak pernah buat amalan Jahiliyah.Dalam keadaan inilah Siti Aisyah dibesarkan.Sewaktu diakad nikah di rumah ayahnya Siti Aisyah berumur 7 tahun.Dia diambil oleh Nabi dalam keadaan bersih hatinya menjadi isteri kepada kekasih Allah.Berpindah dari keluarga terhormat kepada keluarga yang lebih terhormat iaitu daripada anak Sayyidina Abu Bakar kepada isteri Rasulullah SAW.(Ummul Mukminin).Zaman Khulafa’ Rasyidin para Ummul Mukminin mendapat peruntukan Baitul Mal.Namun peruntukan tersebut disedekahkan kepada orang Islam oleh Siti Aisyah.

Nabi pernah menceritakan sebelum berkahwin dengan Siti Aisyah Baginda pernah bermimpi melihat Siti Aisyah dengan pakaian yang indah.Siti Aisyah menceritakan kenduri kahwin dia tidaklah sehebat mana tapi yang lebih dia suka adalah berkahwin dengan Nabi SAW dalam keadaan dia masih anak dara.Syiah sanggup melaknat Siti Aisyah dan menuduh Siti Aisyah membunuh Nabi SAW dengan racun.Nabi SAW bersama dengan Siti Aisyah sewaktu beliau berumur 9 tahun di Madinah.Pernah suatu hari Nabi bertanya rumah kita ada apa?Aisyah menjawab tiada apa, jadi Nabi SAW berpuasa.Pernah diriwayatkan 3 bulan mereka tidak makan apa2 melainkan kurma dan air.Dia adalah mufti di kalangan kaum wanita.Macam mana Syiah tergamak mengatakan Siti Aisyah dilaknat dan masuk neraka???Sedangkan Siti Aisyah sanggup redha hidup susah bersama Nabi SAW walaupun masih muda.Tak pernah dicatat oleh ulama kita Siti Aisyah mengeluh lapar.Dia digelar as-Siddiqah binti as-Siddiq al-Akbar.

Allah telah menyebut dalam Quran Allah meredhai para sahabat.Tiba2 ada yang mencela sahabat.Bukan setakat mencela bahkan sanggup mengkafirkan para sahabat.Adakah patut perkara sebegini diterima?Mertua dan isteri Nabi SAW dikatakan ahli neraka???Adakah wajar dakwaan sedemikian???Tunggulah hukumannya bagi mereka yang melakukan perkara sedemikian.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat