Sayyidina al-Imam al-Hasan al-Basri
Antara yang menakjubkan kita melihat segolongan yang istimewa yakni sebaik kurun selepas para sahabat.Mereka mendapat kekuatan daripada sumber kerohanian para sahabat yang mendapat tarbiah Muhammadiyah supaya rantaian sanad tidak terputus untuk disampaikan kepada umat Islam selepas mereka. Di antara wali pilihan Allah pada zaman tersebut adalah Penghulu Tabiin dan Imam golongan zuhud dan Ulama’ Muhaqqiqin, pembawa panji dakwah kepada Allah dengan Basirah(pandangan mata hati).Dia adalah Syeikhul Islam al-Imam Abu Said al-Hasan bin Abil Hasan Yasar al-Basri r.a. Penyusun mendahulukan Imam al-Hasan sebagaimana guru hamba, Almarhum Dr Judah al-Mahdi mendahulukannya kitab Bihar al-Wilayah al-Muhammadiyah berdasarkan faktor-faktor berikut: a)Faktor utama-Imam al-Hasan al-Basri r.a merupakan antara ketua para Tabiin yang merupakan umat Islam paling afdal selepas para sahabat.Kerana itu, kemasyhuran tasauf Imam ini merupakan sumber ambilan kepada tasauf Islam untuk menghadapi golong...