Kesesatan Wahabi

Kepada sesiapa yang terpedaya dengan wahabi di sini aku senaraikan 5 daripada kesesatan mereka.

1]Wahabi menyamakan Allah dengan manusia dan juga binatang.Mereka berkata; Allah duduk di atas kursi.Rujuk kitab mereka Fathul Majid, karangan Abdul Rahman bin Hasan bin Mohd bin Abdul Wahab m/s 356.Sedangkan Maha Suci Allah daripada bersifat duduk atau bersemayam.Menganggap atau mengatakan bahawa Allah duduk atau bersemayam di atas arasy atau di atas kursi dikira kafir kerana yang demikian itu adalah sifat makhluk.Dalilnya firman Allah Taala dalam surah Asyura ayat 11 yang bermaksud; Dia[Allah] tidak menyerupai sesuatu pun daripada makhluknya baik dari satu segi mahupun dari semua segi dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya.

2]Ibnu Baz[pemimpin Wahabi] berkata; penafian jisim dan anggota bagi Allah adalah sesuatu yang dicela.Kitabnya Tanbihat Fi Rod Ala Man Taawwala Sifat m/s 19.Sedangkan Maha Suci Allah daripada anggota dan jisim.Allah Taala tidak sama dengan makhlukNya.Dia tidak mempunyai anggota dan jisim sebagaimana yang dimiliki oleh makhluk.

3]Ibnu Baz mengatakan bahawa zat Allah itu di atas arasy.Rujuk majalah Haji bilangan 49 juzuk 11 tahun 1415 hijrah m/s 73-74.Sedangkan Maha Suci Allah dari tempat.Allah wujud tanpa tempat kerana Dia yang menjadikan tempat yang mempunyai batasan-batasan,kadar tertentu dan bentuk sedangkan Allah tidak disifatkan sedemikian.Sabda Nabi yang bermaksud; Allah wujud pada azal[adaNya tanpa permulaan] dan belum wujud sesuatu selainNya.

4]Wahabi mengatakan bahawa Abu Jahal dan Abu Lahab lebih ikhlas pengesaan tauhid mereka kepada Allah daripada orang Islam yang mengucap 2 kalimah syahadah[yang dimaksudkan dengan orang Islam di sini ialah mereka yang bertawassul dengan wali-wali dan para solihin]. Rujuk kitab mereka Kaifa Nafham Attauhid,karangan Mohd Basmir m/s 16.Sedangkan Abu Jahal dan Abu Lahab bukanlah dari kalangan orang Islam.

5]Soleh bin Fauzan[wahabi] berkata;pengikut Asyairah dan Maturidi tidak layak digelar sebagai ahlus sunnah wal jamaah.Rujuk kitabnya Min Masyahir Almujaddidin fil Islam m/s 32. Sedangkan pengikut asyairah dan maturidiah adalah golongan ahlus sunnah wal jamaah.Al hafiz Murtadha Azzabidi berkata; jika disebut ahlus sunnah wal jamaah yang dimaksudkannya ialah Asyairah dan Maturidiah.Rujuk kitabnya Ittihaf sadatil Muttaqin jilid 2 m/s aku tak ingat.

Banyak lagi kalau aku nak senarai kesesatan Wahabi.Jadi bagi pengunjung Wahabi di sini insaflah dan jangan bawakan dalil2 yang kononya daripada Imam Asy'ari, Imam Abu Hanifah, Imam Syafii dan lain2 ulama yang korang palsukan kenyataan mereka.Insaflah wahai puak Wahabi.Kalau kita berbeza dari segi furuk mungkin boleh tasamuh tapi kalau akidah yang sesat lagi menyesatkan peranglah jawapannya.

Comments

Ibn Salleh. said…
Alhamdulillah, semoga akan bertambah lagi blog2 yg menentang fahaman Wahabi demi mempertahankan Aqidah umat Islam agar tidak dipesongkan.

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat