Berzikir Dengan Lafaz Isim Mufrad
Berzikir dengan lafaz isim mufrad Allah
Allah Allah, ataupun Hayyun Hayyun Hayyun ataupun seumpamanya adalah
harus dan dibolehkan, bahkan dituntut dari segi syarak dan lughah. Dari
sudut syarak, firmanNya:
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا – الإنسان:25
Juga firmanNya:
وَاذْكُرِ
اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا- المزمل:8
Disebut kalimah ( الاسم
) yang mana antara maknanya ialah pengulangan sebutannya, sepertimana yang
dilakukan oleh ahli zikir di kalangan Sufi.
Dalam surah Muzzammil ayat 8 di atas juga
memberi panduan tentang kaifiat zikir, di mana at-tabattul ialah
khusyuk, merendah diri dan memutuskan daripada segala perkara yang menggangu
kita ketika berzikir. Kemudian dalam firmanNya:
سَبِّحِ اسْمَ
رَبِّكَ الْأَعْلَى- الأعلى:1
Dalam ayat ini kitab oleh mengistinbat adab
berzikir dengan isim mufrad dan lafaz-lafaz yang lain, di mana tasbih
adalah pengagungan secara hissi dan maknawi. Ulama-ulama
besar seperti asy-Syanqiti, Ibnu Ato’illah telah membahaskan tentang rahsia
berzikir dengan isim mufrad, bagi seseiapa yang ingin mengetahui secara
lebih mendalam boleh membuka kitab “Miftah al-Falah” karya Ibnu Ato’illah.
Ini perbahasan dari sudut syarak.
Manakala dari sudut lughah pula, isim
mufrad pada hakikatnya adalah ayat yang sempurna. Isim Allah boleh
kita i’rab sebagai khabar bagi mubtada’ mahzuf dengan
taqdirnya: ربي الله –
Tuhanku adalah Allah. Dan boleh juga kita i’rab sebagai mubtada’ dan
khabarnya mahzuf dengan taqdirnya: الله
ربي، أو الله قادر – Allah adalah Tuhanku atau Allah adalah Maha Berkuasa. Dan boleh juga
kita i’rab sebagai maf’ul bagi fiil mahzuf dengan
taqdirnya: أستغفر الله أو أستعين
الله – Aku memohon ampun kepada Allah atau Aku memohon pertolongan
kepada Allah. Dan boleh juga kita i’rab sebagai munada yang
dihazafkan ya’ nida’ dengan taqdirnya: Ya Allah. Kesemua i’rab ini
adalah harus dari sudut lughah dan balaghah.
FirmanNya lagi:
قُلِ اللَّهُ
ثُمَّ ذَرْهُمْ فِي خَوْضِهِمْ يَلْعَبُونَ- الأنعام:91
Lafaz Allah dalam ini dii’rabkan dengan
marfu’ dengan dua wajah samaada mubtada’ mahupun khabar. Ayat
ini menunjukkan keindahan kepada zikir dengan isim mufrad yang dapat
difahami secara jelas oleh mereka yang mempunyai mata hati.
FirmanNya lagi:
قُلِ ادْعُوا
اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ
الْحُسْنَى- الإسراء:110
Antara makna berdoa ialah seruan, dan seruan
adalah zikir. Seolah-olah Allah berfirman secara mafhum: Katakanlah berdoalah
atau berzikir dengan menyebut: Ya Allah, ataupun Ya Rahman. Dihazafkan ya’
an-nida’ dari sudut lughah adalah harus.
Bahkan Nabi صلى الله
عليه وآله وسلم pernah mendengar ada sahabat yang berzikir dengan isim
mufrad dan Baginda mengakui perbuatan tersebut. Telah warid secara sahih
bahawa Baginda melihat Bilal bin Rabah yang diazab kerana memeluk Islam, lalu
mengucapkan: Ahad Ahad. Baginda tidak mencegah perbuatan tersebut. Ahad
adalah salah satu nama Allah Taala, dan diamnya Nabi صلى الله عليه وآله وسلم ketika
mendengarnya sebagai dalil bahawa berzikir dengan isim mufrad adalah sunnah
iqrariyah untuk dilaksanakan. ولله الأسماء الحسنى – yakni Allah, Hayyun dan seumpamanya. Apa yang
dilakukan oleh ulama besar Sufi adalah junjungan kepada perintah Tuhan mereka
dan mengikuti sunnah Nabi mereka.
Mohd Amir Md Azmi an-Naqsyabandi,
Sungai Petani.
Comments