Islam Menjawab Tiga Persoalan Utama Manusia

Islam sebenarnya adalah jawapan2 yang sohih bagi tiga soalan yang berligat di pemikiran manusia sejak dulu hingga kini.Tiga persoalan itu adalah:-

     1)      Dari mana kita datang? 
     2)      Kenapa kita datang ke dunia ini?
     3)      Ke mana kita akan pergi selepas ini?

Jawapan2 yang tepat bagi persoalan2 ini telah diberitahu oleh Rasulullah SAW yang terkandung dalam pengajaran Islam.

Mengenai soalan yang pertama telah berfirmah Allah Taala dalam ayat 5-7 surah at-Toriq yang bermaksud: “Maka hendaklah manusia memikirkan daripada apa dia diciptakan.Dia diciptakan daripada antara tulang punggung (sulbi) dan tulang dada.Sesungguhnya Allah benar2 berkuasa untuk mengembalikannya (hidup setelah mati)."

Ayat ini dan seumpamanya di dalam al-Quranul Karim menerangkan bahawa manusia itu diciptakan oleh Allah Taala daripada tanah iaitu Nabi Adam a.s.Kemudian Dia menjadikan keturunan manusia daripada pati air mani yang hina.

Manakala bagi soalan yang kedua pula firman Allah dalam ayat 56 surah az-Zariyat yang bermaksud: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar nereka beribadah kepadaKu.”

Terkandung di dalam pengertian ibadah itu ialah Makrifatullah (kenal), Mahabbah (kasihkanNya), tunduk kepadaNya dan mengikut manhaj2(sistem) yang Allah letakkan kepada manusia menyempurnakan jiwa manusia dan mengangkatnya kepada martabat yang layak dengannya.Hal ini supaya manusia mengecap kebahagiaan haqiqi “di sini dan di sana”, yakni dunia dan akhirat.Maka manusia diciptakan untuk beribadat kepada Allah dengan maknanya yang luas.

Adapun persoalan ketiga; firman Allah dalam surah al-‘Alaq ayat 8 yang bermaksud: “Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmu tempat kembali(mu).”

Ayat ini menerangkan tempat kembali manusia selepas kematiannya. Iaitu kembalinya kepada Penciptanya untuk mendapat pembalasan atas amalan2nya di dunia.Di sana dia akan dimasukkan ke tempat yang sesuai dengan iman dan amalannya.Sekiranya dia telah menyucikan jiwanya dengan beribadat kepada Allah dan menjadi di kalangan orang yang baik, maka dia akan ditempatkan di tempat orang yang mulia – syurga. Namun jika dia telah mengotorkan jiwanya dan mencemarkannya dengan kotoran maksiat dan masih kekal keji maksiatnya (yakni belum bertaubat dan tidak diampunkan Allah) maka tempatnya adalah rumah orang2 yang keji – neraka Jahannam.

Diolah daripada kitab Usulud Dakwah karya Dr Abd Karim Zaidan oleh ex-SMKAK yang mengharapkan rahmat Tuhannya.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat