Sekitar Disyariatkan Tasawuf dan Haqiqat Tasawuf (Part 2)

Sebelum ini kita telah mengetahui tentang Hadis yang bermaksud: 


“Ihsan itu adalah engkau menyembah Allah seolah2 engkau melihatNya.Sekiranya tidak demikian, sesungguhnya Dia melihat engkau.”

Adakah engkau melihat setiap muslim sampai kepada maqam “engkau menyembah Allah seolah2 engkau melihatNya”? Bahkan tidak sesekali sampai kepada maqam tersebut melainkan Ahlu as-Sofa’ wal Musyahadah yang mana Allah Taala mensifatkan mereka dalam kitabnya yang mulia yang bermaksud:Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah” – surah an-Nur ayat 37. Dan juga firmanNya yang bermaksud: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang Telah mereka janjikan kepada Allah” – surah al-Ahzab ayat 23. Dan lihat juga firmanNya yang bermaksud: “Dan Bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya” – surah al-Kahfi ayat 28. Dan jangan lupa firmanNya yang bermaksud: “Ingatlah, Sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan} di akhirat. tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.” – surah Yunus ayat 62 – 64.

Manakala dakwaan bahawasanya tasawuf tidak dikenali kecuali selepas tiga kurun Islam yang pertama, maka ianya adalah dakwaan yang batil dan sangkaan yang dusta.Sesungguhnya tasawuf secara hakikatnya adalah ibadah, tazkiyah, akhlak dan makrifah.Demikian itu kesemuanya terdapat di dalam kitab Allah dan sunnah RasulNya yang terpuji, Sayyidina Muhammad SAW. Maka kewujudan tasawuf secara pasti bertepatan dengan kitab dan sunnah.

Kemudian nama tasawuf itu sendiri, tidak dikatakan bahawa ia tidak dikenali kecuali selepas tiga kurun kecuali daripada orang yang jahil dengan hakikat keilmuan dan sejarah Islam. Sesungguhnya nama tasawuf telah wujud pada zaman Tabiin. Yakni telah sabit daripada al-Imam al-Hasan al-Basri yang digelar Sayyid at-Tabiin (wafat tahun 110H ) di mana beliau berkata: “Aku melihat seorang sufi ketika bertawaf.Maka aku memberinya sesuatu namun tidak diambilnya dan dia berkata: Bersamaku empat Dawaniq.Maka ia mencukupi untukku”.

Juga sebagaimana diriwayatkan daripada al-Imam Sufyan as-Sauri yang digelar Amirul Mukminin dalam bidang Hadis (wafat tahun 161H), beliau berkata: “Jika tidak kerana Abu Hasyim as-Sufi, aku tidak akan mengetahui tentang riya’ yang halus (tersembunyi)”.

Bahkan gelaran “sufi” telah dikenali sebelum Islam dan disertai gelaran itu dengan haji dan ibadah.Pengarang kitab al-Luma’ menyebut: “Telah disebut dalam kitab yang menghimpunkan di dalamnya tentang carita Mekah, daripada Muhammad b Ishaq b Yasar dan daripada selainnya: disebut kisah bahawa sebelum Islam pernah suatu ketika Mekah begitu sunyi hingga tidak ada seorang pun yang tawaf di situ.Lalu datang dari kampong yang jauh seorang lelaki sufi yang melakukan tawaf dan kemudiannya beredar. Jika benar kisah tersebut: Sesungguhnya ia menunjukkan bahawa sebelum Islam lagi telah dikenali nama ini (tasawuf).Dan dinisbahkan nama ini kepada ahli kepujian dan orang soleh.Wallahu a’lam”.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat