Sekitar Disyariatkan Tasawuf dan Hakikat Tasawuf ( Part 1 )

Penentang ahli sufi mendakwa bahawa tasawuf adalah suatu bidaah yang diseludup masuk ke dalam Islam.Mereka juga mendakwa bahawa ia tidak dikenali melainkan selepas tiga kurun yang pertama.Mereka juga mendakwa ia tidak ada sanad atau sandaran daripada Kitab dan Sunnah berhujahkan kalimah “Tasawuf” atau “Sufiyyah ( صوفية ) tidak warid dalam al-Quran al-Karim dan hadis Rasul SAW mahupun atsar para sahabat.
 
Jawapan kepada perkara tersebut: Sesungguhnya kami ketika mencari hukum tasawuf, tak dapat tidak mesti mendatangkan haqiqatnya berdasarkan qaedah yang masyhur: 

الحكم على الشيء فرع عن تصوره

“Hukum ke atas sesuatu perkara diambil daripada gambaran perkara tersebut” Jadi apakah haqiqat tasawuf yang didakwa bahawa ianya bidaah yang diseludup ke dalam Islam?

Kami bawakan sebahagian daripada takrifannya dari segi istilah yang menggambarkan haqiqatnya: Di mana al-Imam Abu Muhammad al-Jariri r.a telah mentakrifkannya sebagai:- “Masuk ke dalam setiap akhlak yang mulia, dan keluar daripada setiap akhlak yang hina.” ( rujuk ar-Risalah al-Qusyairiyah )

Berdasarkan takrif tersebut, apakah patut dikatakan bahawa ianya bukan daripada ajaran Islam? Al-Imam Makruf al-Kurkhi r.a mentakrifakannya sebagai:- “Mengambil dengan haqiqat2 dan berputus asa daripada apa yang ada di tangan para makhluk” ( rujukan yang sama ). Adakah perkara ini dikira keluar daripada Islam?

Al-Imam asy-Syarif al-Jurjani berkata dalam kitabnya at-Takrifat:- “Tasawuf adalah berpendirian dengan mengikuti adab2 syariat secara zohir maka terpakai hukumnya daripada zohir kepada batin, dan juga mengikuti adab2 syariat secara batin maka terpakai hukumnya daripada batin kepada zohir.Maka berhasillah bagi mereka yang beradab dengan dua hokum tersebut ( zohir dan batin ) suatu kesempurnaan.”

Maka demi Allah, adakah dikira perkara tersebut suatu bidaah yang diseludup ke dalam Islam? Dan apa pula saki baki yang tinggal dalam Islam apabila dibuang adab2 syariahnya dan diabaikan haqiqat2nya lalu diganti dengan kebatilan serta tamakkan kepada apa yang ada di sisi makhluk?Apa lagi yang tinggal apabila kaum Muslimin membuang dalam diri mereka akhlak yang mulia lalu memasukkan akhlak yang hina?

Sesungguhnya tasawuf yang kami datangkan takrifannya di sini dan juga dalam kitab2 para ulama yang lain adalah ruh Islam kerana ia adalah ibarat daripada bahagian Ihsan daripada agama yang suci ini yang disebut oleh Sayyidina Rasulullah SAW dalam hadis Muttafaq alaih:

 الإحسان أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك

“Ihsan itu adalah engkau menyembah Allah seolah2 engkau melihatNya.Sekiranya tidak demikian, sesungguhnya Dia melihat engkau.”

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat