Adab Ketika Berpuasa

Para masyaikh menulis enam perkara sebagai adab ketika berpuasa.Adab2 itu sangat perlu diambil berat oleh sesiapa yang berpuasa.

1) Menjaga penglihatan daripada memandang "sesuatu yang tidak patut", sehingga dikatakan bahawa seseorang itu jangan memandang isterinya pun dengan syahwat, apatah lagi perempuan bukan mahram.Demikian juga janganlah memandang tempat2 yang melalaikan dan yang tidak harus.Ahli sufi menafsirkan "sesuatu yang tidak patut dipandang" sebagai apa sahaja perkara yang boleh mengalihkan tumpuan hati daripada Allah lalu tertumpu ke arah lain.

2) Menjaga lidah daripada berbohong, mengumpat, bercakap sia2, bercakap kotor, bergaduh dan sebagainya.Semoga Allah meletakkan kita dalam penjagaanNya kerana kita terlalu lalai dalam perkara ini.Bukan sahaja orang awam, bahkan orang2 beragama pun terlibat sama.Bukan sahaja mereka yang dikatakan ahli dunia, majlis2 ahli agama pun umumnya tidak sunyi daripada perbuatan ini.Lebih teruk lagi daripada itu ialah kebanyakan mereka tidak pun menganggap perkara itu sabagai pengumpat.

3) Penjagaan telinganya.Setiap perkara yang dibenci, yang haram untuk diperkatakan dan dikeluarkan oleh lidah, maka haram juga untuk memasang telinga mendengar perkara itu.

4) Menjaga segala anggota badan yang lain, seperti menjaga tangan daripada memegang sesuatu yang haram, menjaga kaki daripada berjalan ke arah sesuatu yang haram dan demikianlah anggota2 badan yang lain.Begitulah juga sewaktu berbuka perut hendaklah dijaga daripada benda2 syubhat.Orang yang berpuasa dan kemudian berbuka dengan makanan daripada sumber harta yang haram adalah seperti seorang yang berubat untuk satu2 penyakit tetapi mencampurkan ubat itu dengan sedikit racun.Walaupun ubat itu adalah baik untuk penyakitnya tetapi pada masa yang sama racun yang dicampur itu tetap akan membinasakannya.

5) Semasa berbuka janganlah makan terlalu banyak sehingga memenuhi perut walaupun daripada harta yang halal, kerana dengan berbuat demikian tujuan sebenarnya berpuasa akan luput.Tujuan berpuasa ialah untuk mengurangkan kekuatan syahwat dan sifat kehaiwanan serta menambah kekuatan rohani dan sifat kemalaikatan.Akan tetapi sewaktu berbuka kita makan seolah2 untuk menggantikan apa2 yang telah kehilangan dan sewaktu bersahur pula kita menyediakan diri untuk apa2 kekurangan yang akan datang.Kita makan begitu banyak, sedangkan kita tidak pernah makan sebanyak itu ketika di luar Ramdhan atau sewaktu tidak berpuasa.Seolah2 bulan Ramadhan al-Mubarak telah menjadi musim kenduri untuk kita!

Imam Ghazali r.a telah menulis; bagaimana mungkin tujuan berpuasa iaitu untuk mengalahkan iblis dan mengawal nafsu syahwat itu dapat dicapai jikalau seseorang itu menggantikan apa2 yang telah kehilangan sepanjang hari semasa berbuka?Sebenarnya, kita tidak melakukan apa2 selain daripada hanya menukarkan waktu makan kita sahaja.Selain daripada itu tiada apa2 pun yang kita kurangkan bahkan makanan bertambah lebih banyak lagi dengan pelbagai jenis hidangan yang tidak mudah didapati di luar Ramdhan.Telah menjadi adat orang ramai untuk menyimpan makanan yang baik2 untuk Ramadhan.Apabila nafsu kelaparan sepanjang hari bertemu dengna hidangan tersebut, terus dimakan sekenyang2nya.Oleh itu, bukanlah kekuatan syahwat itu bertambah lemah, tetapi telah meledak dan melonjak2 sehingga berlawanan dengan tujuan puasa yang sebenar.

Ditulis dalam kitab Maraqiul-falah bahawa janganlah berlebihan dalam bersahur sebagaimana kebiasaan orang2 yang mewah, kerana berlebihan dalam bersahur akan meluputkan tujuan berpuasa.Dalam mensyarahkannya Allama Tahtawi r.a menulis "yang dimaksudkan dengan tujuan berpuasa ialah berasa sedikit sebanyak keperitan lapar supaya keperitan itu menjadi sebab pertambahan pahala dan boleh mendatangkan simpati dan kasihan terhadap fakir dan miskin."

6) Perlu ada perasaan takut selepas menunaikan puasa kerana tidak tahu sama ada puasa kita itu layak diterima ataupun tidak.Perasaan demikian perlu juga ada pada akhir setiap ibadat yang lain.Ini kerana, mungkin ada kesilapan yang kita tidak sedar lalu kerana kesilapan itu ibadat kita akan dicampakkan ke muka kita yakni tidak diterima.

Ini adalah enam perkara penting untuk orang2 soleh yang biasa.Untuk ahlullah dan para muqarrabin, satu lagi perkara ditambahkan menjadikan tujuh.Perkara itu adalah menjaga hati supaya hati tidak memberi tumpuan kepada segala sesuatu selain Allah sehingga memikirkan dan merancang semasa berpuasa seperti "apakah terdapat sesuatu untuk berbuka" pun dianggap sebagai satu kesalahan. Sesetengah ahlullah menulis bahawa semasa berpuasa pergi untuk mendapatkan sesuatu untuk berbuka pada waktu petang pun adalah salah kerana ini menunjukkan kurangnya pergantungan kepada janji rezeki daripada Allah.Dalam syarah Ihya', Ittihaf as-Sadatul Muttaqin ditulis kisah beberapa orang ahlullah bahawa apabila mereka mendapat sesuatu makanan daripada mana2 sebelum berbuka, mereka akan memberikan makanan itu kepada orang lain, kalau tidak, hati akan tertumpu kepada benda itu dan akan berlaku sedikit sebanyak kekurangan pada sifat tawakkal.Namun demikian, perkara ini adalah untuk orang2 yang tinggi kedudukannya dalam agama.Bagi kita, untuk bercita2 melakukan amalan itu tidak kena pada tempatnya.Untuk melakukan amalan tersebut sebelum kita sampai ke tahap itu sebenarnya meletakkan diri sendiri dalam kebinasaan.

Diolah daripada kitab Fadhail al-A'mal susunan Syeikhul Hadis Maulana Muhammad Zakariya 

 

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat