Tuesday, January 1, 2013

Nasihat Kepada Diriku

Tasauf sebagaimana yang dikatakan Imam al-Ghazali adalah menumpukan hati kepada Allah Taala dan tidak membesarkan selain diriNya.

Apabila engkau mengetahui maksud demikian, maka wajiblah engkau muraqabah kepada Allah dalam setiap hal kamu.Yakni dengan kamu merasa seolah2 melihatNya.Jika tidak maka Dia melihat dirimu.Dan hendaklah engkau bersungguh2 dan bersegera melakukan ketaatan pada setiap ketika.

Mulakan dengan melakukan kefardhuan yang telah ditentukan oleh Allah ke atasmu dan tinggalkan perkara yang haram sama ada yang kecil mahupun besar.Ikutilah apa yang datang daripada Tuhanmu dan lontarkanlah jauh2 apa yang diajak oleh hawa nafsumu serta muliakanlah sesiapa yang mendekatkan dirimu kepada Allah.

No comments: