PAS Mesti Bersih Daripada Syiah


Fasal 7. Ceraian(1):-Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK ‘ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, degan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

Prinsip Kedua Imam Hassan al-Banna:-Al-Quran al-Karim dan al-Sunnah yang suci adalah sumber rujukan bagi semua Muslim untuk mengetahui hukum-hakam di dalam Islam.Al-Quran difahami selari dengan kaedah Bahasa Arab tanpa memberat2kan dan membuta tuli dan memahami hadis yang suci bersumberkan periwayat2 yang tsiqah.

Merujuk kepada ceraian Perlembagaan PAS dan usul kedua IHB,kita tidak menafikan PAS sebuah jemaah Islam berasaskan rujukan muktabar iaitu Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas.Demi memelihara keaslian dan ketulenan PAS sebagai sebuah jemaah Islam yang berasaskan kepada sumber di atas, adalah suatu yang tidak manis atau tidak wajar kita biarkan persepsi yang mengatakan PAS tidak konsisten atau tegas dalam isu Syiah dan kepelbagaian fikrah yang timbul dewasa ini.

Terutamanya ada yang mengatakan bahawa PAS seolah2 merestui kewujudan aliran tersebut dalam PAS semata2 untuk mencapai kemenangan dahulu.Yang kemudian diselesaikan atau di”silent”kan hinggalah mencapai kemenangan.Kononnya kerana kalau ditimbulkan seolah2 boleh melambatkan kemenangan.Bagi kami, persepsi ini amat serius kalau kita biarkan dan kami mengharapkan satu kenyataan tegas DPPNK dalam isu ini.Sebagai contoh; DPPNK akan mengambil tindakan tegas termasuk membawa perkara tersebut ke Lembaga Disiplin Parti.

Kita mesti membezakan antara hubungan diplomatik dan akidah.Sebagai contoh; jika kita menyokong Iran menentang USA, itu tiada masalah.Tetapi yang kita tentang ialah beriman dan yakin bahawa akidah Syiah lebih baik daripada ASWJ.Termasuk dalam perkara yang membabitkan amalan seperti cara solat, cara mandi jenazah dan sebagainya yang pastinya menimbulkan kekeliruan dan perpecahan khususnya apabila berlaku di kalangan ahli jemaah apabila ia seolah2 dibiarkan.Sedangkan perpecahan itu mendatangkan mudarat yang lebih besar.Jamaah adalah rahmat manakala perpecahan itu adalah azab.

Di dalam kaedah feqah ada mengatakan:  درء المفاسد مقدم على جلب المصالحMakna:Menolak keburukan didahulukan daripada mengambil faedah.

Syiah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mengkafirkan sahabat-sahabat yang lain. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syiah daripada golongan-golongan Islam yang lain. Terdapat beberapa banyak aliran di dalam Syiah itu sendiri yang pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep yang tersebut di atas. Tetapi aliran-aliran itu berbeza antara satu dengan yang lain kerana wujudnya fahaman-fahaman atau ajaran-ajaran yang saling berbeza. Tetapi tumpuan yang utama akan diberikan kepada Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah* kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah. Syiah inilah yang dipertikaikan oleh para ulama di setiap tempat pada masa ini kerana ramainya bilangan mereka dan kedudukan mereka yang semakin popular terutama selepas tercetusnya revolusi di Iran.

BEBERAPA CONTOH PENYELEWENGAN SYIAH

1) Syiah - Al-Quran Sudah Diseleweng. Aqidah Syiah mengatakan bahawa Al-Quran sekarang ini telah diubah, ditokok-tambah dan diselewengkan. Di dalam kitab Al-Fashlu Al-Khitaab at-Thabarsi menukilkan kata -kata Sayyid Ni`matullah al-Jazaairi: "Bahawa tokoh-tokoh Syiah telah sepakat tentang sahihnya hadits-hadits yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan al-Quran (An-Nuuri At-Thabarsi, Fashlu al-Khitaab, hal. 30)

AGAMA ISLAM - Tidak perlu dijelaskan hukum meragui kitab suci al-Quran...

2) Syiah - Imam Adalah Maksum. Dinyatakan dalam Kitab `Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 72: Akidah Kami Tentang Imam itu Maksum Kami mempercayai bahawa imam-imam itu seperti nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang tersembunyi, semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimana mereka juga terpelihara daripada sifat lupa, tersalah dan lain-lain. Khomeini menyatakan:"Kita tidak dapat menggambarkan para imam itu mempunyai sifat lupa dan lalai." (Khomeini, Al-Hukumah Al-Islamiyah, hal. 91)

Bahkan imam-imam dianggap lebih tinggi kedudukannya dari Nabi-nabi a.s. Perkara ini dinyatakan dengan begitu banyak sekali dalam kitab-kitab muktabar Syiah seperti Al-Anwar An-Numaniyah, Al-Kafi dan juga seperti yang disebutkan Khatimatul Muhaddisin (penyudah ahli hadis) di sisi Mulla Baqir Al-Majlisi dalam kitabnya Biharul Anwar jilid 27 hal. 29: Ali bin Hussain a.s. berkata: "Imam-imam boleh menghidupkan orang mati, menyembuhkan penyakit sopak dan buta serta berjalan di atas air, beliau berkata lagi: "Tidak ada sesuatu yang diberikan Allah kepada Nabi-nabi kecuali akan diberikannya kepada Nabi Muhammad s.a.w. serta diberikan juga kepadanya sesuatu yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi sebelumnya. Dan setiap apa yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. pasti akan diberikannya kepada Amirul Mukminin Ali a.s. bahkan kepada Hasan, Hussin a.s. kemudian kepada Imam-imam selepasnya sehingga hari kiamat dengan ditambah ilmu-ilmu yang baru (yang tidak dimiliki oleh Nabi-nabi) pada setiap tahun, pada setiap bulan dan demi Allah pada setiap saat."


AGAMA ISLAM- Jelas terdapat dalam al-Quran dan Hadits-hadits sahih menyatakan bahawa yang maksum hanyalah para rasul dan anbiya' sahaja. Oleh itu dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah, memerlukan kepada dalil-dalil yang qat'ie. Ini dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran seperti berikut yang bermaksud: "Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Quran dan Hadits) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya." (An-Najm ayat 3 - 4)

3) Syiah - Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w. Perkara ini disebutkan dalam Kitab Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi juz 27, hal 64-66: Kebanyakan para sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq mereka tersembunyi di zaman mereka. Tetapi apabila wafat nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq mereka itu melalui wasiat nabi dan mereka itu kembali secara mengundur ke belakang, dan kerana ini Saidina Ali berkata; "Semua manusia murtad selepas wafat nabi s.a.w. kecuali empat orang sahaja iaitu Salman, Abu Zar, Miqdad dan Ammar, dan perkara ini tidak ada masalah lagi."

AGAMA ISLAM - Keadilan dan kedudukan para sahabat yang tinggi telah sabit melalui al-Quran sendiri. Mengingkarinya bererti mengingkari al-Quran.

 Langkah2 yang dicadangkan:-

PAS Pemuda Negeri/Kawasan:-1-kenyataan tegas tentang perkara ini.     2-pemantauan dan penjelasan tentang Syiah.     3-melarang ahli menyebarkan fahaman Syiah dalam blog kerana ia akan menyebabkan ahli keliru lebih2 lagi dalam blog pimpinan.

PAS Negeri Kedah:-1-sebagai kerajaan mestilah membuat sesuatu dalam menangani isu ini kerana difahamkan sudah ribuan yang menjadi Syiah di Kedah saja.       2-kalau kita biarkan aktiviti Syiah hingga masyarakat umum terpengaruh kita juga turut berdosa.

PAS Pusat:-1-kami menyeru supaya PAS Pusat menganggap isu ini serius dan perlu dilakukan sesuatu.Jangan hanya menjadi suatu rahsia umum yang dibiarkan seolah2 tidak memberi kesan apa2 kepada jemaah.       2-Majlis Syura Ulama mesti mewujudkan task force@jawatankuasa Khas untuk menangani isu ini.Buat satu siasatan dan penyataan yang jelas hasil siasatan supaya dapat mengeluarkan satu kenyataan yang diimpikan oleh semua ahli PAS iaitu PAS bebas daripada Syiah.Supaya isu ini tidak timbul lagi desas-desus mengatakan Kawasan PAS tertentu Syiah kerana ia menimbulkan perbalahan yang merugikan PAS.

Kesimpulan dan Harapan:-Kepada Lajnah Tarbiyah, kami harap agar dapat menyusun satu silibus yang bersifat kajian terhadap pemikiran akidah yang jelas supaya ahli Pemuda tidak mudah terpesona dengan aliran2 pemikiran yang bertentangan dengan ASWJ amnya dan PAS khususnya.Contohnya, kita boleh kaji kitab Tarikh al-Mazahib al-Islamiyah karangan Syeikh Muhd Abu Zahrah dan al-Ghazwatul Fikri karangan Dr Abd Halim Mahmud dan buku tulisan Tuan Guru hkj AbdulHadi Awang tentang aliran pemikiran umat Islam duludan kini.

Akhir sekali saya ingin mengungkapkan kalimah yang disebut  …   
 إن أريد الا الاصلاح ما استطعت وما توفيقي الا بالله, عليه توكلت وإليه أنيب – سورة هود:-أية 88

Maksud: “Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufiq untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah.Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNya jualah aku kembali.”

Yang benar,
Mohd Amir Md Azmi.

Comments

ibn harun said…
al-salaamualaikum,

tuan, tahniah atas penulisan di atas teruskan perjuangan yang tidak popular ini bagi mengikis pandangan arus perdana. seperti dimaklumi kedah sangat tenat dilanda wabak syiah.. tahniah

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat