Sambung yang tadi.Ada la sorang mamat tu kata:
“Senang je. Orang biasa tahu satu qaul dan amalkan satu qaul, tapi saya baca banyak buku, saya tahu ada banyak qaul dan saya ambil qaul yang paling rajih walaupun... tidak dilakukan oleh kebanyakan orang Muslim di Malaysia. Bila orang pandang pelik, jadilah orang yang pelik itu wahabi. Orang pandai faham dan berlapang dada dengan perbezaan pendapat dan kepelbagaian pendapat dalam agama. Orang xpandai hanya tahu cakap "Wahabi " sahaja. Kena ikut mazhab Syafie je, tapi dia tak tahu bukan semua keadaan dia ikut Syafie. Ambil juga pendapat orang lain.”
Amboi, berlagaknya dia.Tanya balik mamat tu dia tau semua usul mazhab Syafii dan usul2 mazhab lain.Macam mana dia tau sesuatu qaul tu rajah?Macam mana nak rajihkan kalau ada 2 hadis yang bertentangan?Apa rukun dan syarat tarjih?Macam mana pula tarjih antara perawi:-hal perawi yang tua, faqih, terkemudian masuk Islam dll.Macam mana pula tarjih dari segi kekuatan dan kelemahan sanad serta matan?
Contoh tarjih rawi yang terkemudian Islam misalnya, ada 4 mazhab.Mazhab pertama mentarjihkan riwayat mereka yang terkemudian Islam.Yang berpendapat begini sebahagian ulama Hanbali dan jumhur ulama Syafii.Mazhab kedua pula merajihkan perawi yang terdahulu memeluk Islam.Ini pendapat sebahagian ulama Hanafi, Imam al-Amidi dan Ibnul Hajib.Dua pendapat lagi tak perlu rasanya al-faqir bawakan di sini.Jadi pentarjihan antara satu mazhab berbeza dengan mazhab yang lain.Pendapat yang rajih di sisi mazhab A adakalanya marjuh di sisi mazhab B dan sebaliknya.
Proses mentarjih juga ada rukunnya.Antara rukun yang terpenting adalah mujtahid yang dapat istinbat hukum daripada nas.Mujtahid pula terbahagi kepada mujtahid mutlak, mujtahid mazhab, mujtahid fatwa, ahli tarjih.Mujtahid mutlak adalah seperti imam 4 mazhab.Menurut Sayyid Bakri dalam kitabnya:
“Imam yang empat ini semuanya betul dan benar.Dan wajib bertaqlid dengan salah seorang daripada mereka.Dan siapa yang bertaqlid dengan salah seorang daripada mereka, lepaslah dia daripada tuntutan taklif syarak”
Dalam mazhab Syafii khususnya, Imam al-Haramain dan al-Ghazali darjatnya mujtahid mazhab.Imam Nawawi dan Rafii darjatnya mujtahid fatwa.Zakaria al-Ansori, Ibnu Hajar, Ramli, dan Khatib Syarbini darjatnya ahli tarjih.Imam Syafii tak sama taraf dengan Imam al-Haramain dan Ghazali.Imamul Haramain dan Imamul Ghazali pula tak setaraf dengan Imam Nawawi dan Rafii.Imam Nawawi dan Rafii pula tak setaraf dengan Zakaria al-Ansori, Ibnu Hajar al-Haitami, Ramli dan Khatib Syarbini.Apatah lagi Imam Syafii nak disamakan orang yang mengaku alim pada masa kini sekalipun bergulung2 ijazah dan PHD!!!
Aku berani mengatakan bahawa orang2 yang alim walaupun mereka yang berijazah sepuluh kali ijazah yang ada pada masa kita ini tak sama dengan Imam Syafii.Aku kata: Usahkan dengan Imam Syafii. Dengan Ibnu Hajar, Imam ar-Ramli, Zakaria al-Ansori dan Khotib Syarbini pun tak sama.
Kata Syeikh Abd Rahman bin Muhd Hussin mufti kerajaan Hadhramaut: (Masalah) telah menaqal Ibnu as-Solah akan ijmak ulama bahawasanya tak harus bertaqlid akan yang lain daripada Imam yang empat ini.Hingga untuk beramal untuk dirinya sekalipun.Apatah lagi untuk menghukum dan member fatwa di antara masyarakat umum.
Oleh itu pembaca sekalian, jangan terpengaruh dengan dakyah mereka yang melarang kita daripada bertaqlid dengan mana2 mazhab yang empat ini.Khususnya kita di Malaysia majoriti beramal dengan mazhab Syafii.Dalamilah ilmu yang terkandung dalam kitab2 Jawi dan Arab sekurang-kurangnya terlepas hukum fardhu Ain kita.”SAY NO TO LA MAZHABIAH”
Oleh,
Mohd Amir Md Azmi an-Naqsyabandi,
12.12 pagi 23 Ramadhan 1432H