Syurga dan neraka kekal
Sebagaimana yang saya tahu Syurga dan Neraka itu kekal dengan izin Allah. Sama seperti kita yang akan kekal di Syurga atau di Neraka. Semua ini sebagai peringatan untuk manusia bahawa kehidupan yang abadi adalah di akhirat sana. Jadi perlunya kita betul2 beriman kepada perkara2 yang telah Allah gambarkan pada kita melalui wahyuNya iaitu al-Quran dan juga hadith Rasulullah saw. Firman Allah SWT "Peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir. Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya." (Al-Baqarah 2:24-25) Rasulullah saw telah berdoa dalam solat malam; "Bagi Engkau segala puji, Engkau benar, janjiMu benar, perjumpaan denganMu benar dan kata-kataMu benar. Syurga itu benar dan neraka itu benar. Para nabi juga benar, Muhammad saw benar dan hari kiamat benar." (H.R Bukhari & Muslim) Sa...