Zat Allah yang kamalat

Oleh kerana ada isu nama Allah hari itu biar saya ulaskan sikit siapa Allah sebab ramai yang tak kenal Allah.Allah itu Ilah.Bermula Ilah itu kalimah bahasa Arab dan maknanya dengan BM itu tuhan dan madlul tuhan itu zat yang bersifat dengan sekalian sifat kamalat.

Zat ialah diri sesuatu benda.Kalau zat kayu,ketul kayu.Kalau zat batu,ketul batu.Kalau zat manusia,tubuh manusia.Zat Tuhan diri Tuhan(Mukhalafatuhu lil hawadis).

Maka zat Tuhan itu tiada siapa pun yang mengetahuinya melainkan Tuhan sendiri.Ia bukannya jirim.Demikian juga sifatnya bukan 'aradh.Jirim ialah tiap2 perkara yang berhajat kepada ruang untuknya.Adapun 'aradh itu ialah tiap2 sifat yang menumpang pada jirim.Zat Allah bukan jirim dan sifatNya bukan 'aradh.

Makna sifat kamalat ialah sifat kesempurnaan dan kemuliaan yakni diri sifat itu cukup mulia dan cukup sempurna.Dan bukanlah sifat itu menyempurnakan zat Tuhan kerana zat Tuhan itu cukup mulia dan cukup sempurna.Jadi adakah patut zat Allah yang cukup mulia dan cukup sempurna digunakan oleh agama yang batil.
6 minutes ago ·

Comments

salam semoga kita diberkati Allah.
zakir932 said…
100% saya tak setuju nama allah itu diterbitkan dari perkataan arab iaitu ILAH.... ZATUL haq yang menamakan dirinya tuhan yang bernama allah... bukan sebab orang arab tersasul lidah berkat ilah lalu ia menjadi sedap untuk menggelar allah.... radio IKIM banyak memberi penerangan terperinci mengenai kata nama khas ALLAH..... JADI APAKAH BANGSA ARAB YANG MEMBERI KAN TUHAN ITU NAMA ALLAH....jawapannya 1005 TIDAK..... TETAPI KENAPAKAH TUHAN MENAMAKAN DIRINYA ALLAH..... jawapannya AKU BELUM LAGI DIBERI RAHMAT DARI ILMUNYA UNTUK MENGETAHUI TENTANG ITU TETAPI AKU AMAT PASTI ADA KENGKAWAN YANG BIJAK PANDAI TELAHPUN MENGETAHUI TENTANG INI LALU DIAM KERANA HANYA YANG AHLI SAHAJA BOLEH DI BICARAKAN.SELEBIHNYER MOH LE KITE PIKIOR SAME-SAME DOK GITU YEOP
refah00 said…
Terima kasih tuan Zakir.Sila beri pendapat.Saya berfikiran terbuka dan bersedia menerima pandangan yang lebih baik.

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat